selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

catatan untuk AZAMku

1.1.2010
tulisan cantek penuh dengan agenda
ku penuhi didada helaian
diary yang tebal pemberian
catatan harian lengkap dengan urutan.
hari ini semua orang kenal azam
dan azam juga telah menapak dalam hati ini
aku rahsiakan azamku
tak perlu aku hebahkan
takut aku sendiri rebah

1.3.2010
seperti tercari cari mana penaku
untuk ku catat sesuatu
diariku selalu saja hilang dari pandangan
tinggal dimanamana
dan cacatan akhirnya hilang dalam ingatan
dan aku mulai lupa harinya dan jadinya

1.4.2010
bila dalam diam aku bertanya diri
mana azamku
yang ku genggam seribu
enggan lepaskan walaupun satu
aku mulai akui
azamku cuma anggan anganku
yang tak pernah menjadi
seperti hilang satu persatu
seperti hilang kendiri
jati diri

1.6.2010
baru ku jumpa kembali diari sebuah catatan
ku selak dada helaian yang kosong
seperti kehilangan penanya
aku mencari azam semula
menulis
inilah azamku


  • aku seorang muslimah berhemah
  • aku seorang isteri jati diri
  • aku seorang ibu yang dirindu
  • aku seorang kawan bukan lawan
  • aku seorang anak yang sayang emak
  • aku seorang peniaga ,untuk kebajikan bersama
  • aku adalah saudara.untuk semua
  • aku akan penuhi hati dengan doa.amin
aku seperti mahu hebahkan
apa yang ku tulis ini
semuga bila ditanya mana azamku
dan dapat ku jawab satu persatu,
hanya yang ingin tahu
tak perlu aku beritau
seperti menyuluh dalam kegelapan
tulisanku

Category:

4 comments:

SEKALUNG BICARA said...

salam...

azam baru ka. berazam membuat perubahan dan kuatkan azam.. ok la tu...........

kedai buku perintis said...

saya sedang memperkatakan sikap hangat hangat tahi ayam.seseorang kita.....juga saya juga begitu
lemah memperkasakan perjuangan hidup.

namun tak salah meningati dan kembali berazam untuk yg lebih baik
semua orang ada azamnya...

terima kasih sbst...

one one no belen said...

cacatan untuk AZAMku
By zeza
Cacatan- sepatutnya catatan? maybe saya yang salah.!

kedai buku perintis said...

mata anda begitu tajam...
terima kasih..

Post a Comment