selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

tau sama tau


kamu halimunan
aku halimunah
kita sama sama buta
tapi mengintai antara jendela masa yang terbuka
melihat kamu berpura tidak melihat aku
umpama malu tapi mahu
dan kita sendiri yang tahu
makna malu itu

justru
halimunan dan halimunah
sebenarnya lebeh berhemah
rasa sakit yang indah
tidak goyang pendirian
hidup penuh sempadan
terjaga realiti kesopanan

selagi belum berbau setanggi
selagi haruman bunga tidak mewangi
halimunan mu
halimunahku
tetap berpandangan
dan kita kekal begitu
kerana hanya kita yang tau sama tau...

Category:

0 comments:

Post a Comment