selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

aku mencari kamu

dengan kesukaranku
setiap jaga ku
mahupun dalam tidurku
setiap helaan nafasku
aku menharap ada kelibatmu
memujukku atau berlagu
seperti dulu.

aku hampir lesu
dimana akan aku temui kamu
bila kamu menutup semua ruang pintu
untuk aku menyendiri seketika
dan berasa aman biar sementara

Category:

3 comments:

Anonymous said...

Salam.Dah jumpa ke kamu yang di cari tu?

zeza said...

dia melarikan diri huhuhuhu.kena panggil bomoh mi.menjejak org yang hilang

C L J said...

Demikian rupanya perjalanan mengharung gelombang
kadang timbul kadang tenggelam
namun timbulnya janganlah jadi harapan
kerana esok mungkin ia akan tenggelam lagi
sepertilah tenggelamnya
janganlah membuak gundah
kerana esok ia mungkin timbul jua
Hakikatnya buruan itu ialah pengembara
yang tidak pernah bertentu ruang hadhirnya.
kerana demikianlah sebenarnya hakikat pencarian
bernama sebuah perjuangan.

Post a Comment