selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

hakikat seorang aku kini


tenang
dalamnya tanda tanda tsunami
yang akan memusnahkan apa jua harapan
yang rasanya lebih baik kuburkan
sebelum aku mati bergelimpangan
ketawa
dalamnya hanya melepaskan keluhan
mengutuk diri yang tidak sedar diri
tangan yang kudung ingin mengapai bulan
kaki yang tempang ingin mengharung laluan
dan kamu hanya ketawa melihat kegagalan
seolah demdammu kesampaian
senyum
jangan terpedaya
kerana suka atau tidak
rezekiku hanya pada senyuman
dan aku hanya ingin mengembirakan kamu
berdaya
sebenarnya ia sesuatu yang terpksa
kuat
sebenarnya aku lemah
dan aku nampaknya kerana semangat kamu
kekadang kelakar
adalah pelarian kepada kesedihanku
melihat kamu ketawa.aku sudah bahagia
justru itu
sekiranya terjumpa aku
aku bukan yang kamu nampak pada matamu
tapi hakikatnya kalau kamu memejam mata
dan melihat dengan hati
sekiranya kamu memahami
dimana ada aku.disitulah ada gerak hatimu...

Category:

0 comments:

Post a Comment