selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

kasihan dia..............

adaptasi dari cerita benar...

kes 1

seorang budak perempuan berusia 10 tahun,masuk dikedai dan duduk diam dipenjuru sambil menanggis.Memang aku sudah biasa dengan budak ini.dia anak jiran yang menyewa disebelah kedaiku.staff aku yang tadinya sibuk ,menuju kepada budak itu.
Staff."napa nanggis dek"
budak"emak ayah gaduh lagi,ayah pukul emak,ayah hantuk kepala mak kedinding......
staff "beritau pakcik kedai tu,kesian mak awak.kakak tak boleh masuk campur,"
budak "nanti ayah pukul saya kalau ayah saya tahu saya beritau orang lain,memang selalu macam
tu.lepas gaduh,dia orang baik balek,tapi mak teruk kena pukul dengan ayah."katanya dalam esak tanggis yang kuat..
Staff: dek jangan nanggis,adek duduk je sini.nak makan apa apa cakap.akak ada.
aku hanya melihat dan menggeleng kepala.budak yang jarang ceria ini sudah menhadapi situasi yang begini..Aku memangkenal ibubapanya.kalau bergaduh ,alamatnya kehospitalah emaknya.
namun aku juga tak mampu nak buat apa apa.apabila mereka berbaik.nanti dikatakan jaga tepi kain orang.Aku hanya kasihankan anaknya..dan agak kesal dengan sikap emaknya yang membiarkan dirinya didera...berulang kali...
Dan aku merujuk diri aku..sekurangnya tubuh badan aku tidak pernah dikasari...

kes 2

pelanggan wanita(suri rumah tangga) datang bersama suaminya.si isteri nampaknya tertarik dengan tajuk majalah mingguan wanita,dan sebuah novel.agak lama juga isterinya meneliti majalah.Kemudia di tegur kasar oleh suami.
Suami:"hah.nak belilah tu...letak balek,jangan nak habiskan duit aku..."siisteri meletakkan kembali majallah dan dan keluar dengan muka yang murung.saya dapat menyelami perasaan siisteri tadi.beginilah nasib bila suami mengongkong segalanya...bahagiakah hidup siisteri tadi..
aku,sekurangnya aku mampu membeli apa sahaja.apa yang aku mahu......sekadar kemampuanku..

kes 3

aku menangkap seorang remaja perempuan yang mencuri barang yang aku jumlahkan hampir
lima puluh ringgit.
aku: dek ,napa buat begini.tak baikkan curi curi ni,dah selalu ke curi barang kat kedai acik ni.
budak itu hanya tundukkan kepala.diam.
aku;"awak sekolah tak"budak tu hanya mengangguk kepala.
aku:"ayah keje apa,mak kerja kat mana"
budak:bawa lori.mak tak keje"
aku:banyaknya barang awak curi,nak jual ke"
budak itu hanya menganggok.
aku:nak jual barang curi.ada tiga dosa tau dek.pertama curi,acik dah rugi,kedua jual pula.org yang beli barang curi pun dosa juga.awak tanggung dosa dia.ketiga awak mesti menipu kan?
kemudian awak beli makanan dan awak makan...dah jadi haram."budak itu diam.membatukan diri.
aku menyambung lagi"saya nak bawa awak kebalai polis.ini law acik.dan saya akan telepon ayah mak awak.biar mereka uruskan awak.kalau tak awak akan buat lagi...
mendengarkan itu remaja tadi terus memegang tangan saya dan menanggis."jangan beritau mak ayah saya.saya rela duduk dalam lokap ,acik...
ayah saya garang.dia pernah pukul saya dengan kayu.jangan makcik....aku hanya diam
kebetulan masuk seorang pegawai polis yang memang saya kenal.dan saya berbisek dengannya.
"budak ini telah mencuri dikedai saya.bawa dia pulang kerumah dan lepaskan..sekurangnya sepanjang perjananan dia akan insaf.....pegawai polis itu hanya hanya tersenyum...bawa je kebalai kan senang....

kes 4

seorang isteri 6 anak datang dan meminta sumbangan /pinjaman kerana kesusahan.saya agak
keliru kerana dia agak berani meminta tanpa rasa segan.sedangkan dia tidak mengenali saya pun.ceritanya ,suami nya hanya bekerja pegawai keselamatan dan sering sakit sakit.saya menjadi kesian tapi tak semudah itu saya memberi.saya katakan kalau saya beri.hari yang lain bagaimana.dia yang sedang mengandung 6 bulan berkata dia belum dapat sumbangan dari baitulmal.dan mereka memang bergantung hidup dengan sumbangan ini dan dari sumber lain lg.
perstuan org termiskin.zakat,dan kebajikan rakyak.saya diberitau anggaran sumbangan bulanan hampir lapan ratus sebulan.saya katakan yang saya akan datang kerumahnya nanti.

esoknya saya datang dan membawa sedikit bekalan asas.beras gula,tepung dan makanan ringgan.
setelah sampai dirumahnya,saya agak kesal dan marah..apabila melihat rumah nya lengkap dengan kelengkapan.tv. permainan video..terdapat 3 jenis handset berbaris atas tv.karpetnya lagi mahal dari carpet saya dirumah.dan di sudut bilek saya nampak kelibat suaminya sedang tidur.saya tanya salah seorang anaknya,ayahnya sakit ke...anaknya hanya menggeleng kepala dan berkata.ayahnya suka tidur dirumah.
saya mendiamkan diri dan menjeling kearah dapur.siisteri menhidangkan air teh o didepan saya.dan saya berkata...cantek karpet ni....aku harap dia faham bahasa sindiran aku..aku terus beredar dan binggung....aku yang senang terpedaya atau betul ke mereka susah....
bersambung.........saya mahu keluar

Category:

0 comments:

Post a Comment