selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

part 2.......kasihan dia..............................

kes 5

tujuh tahun yang lepas dia diketemukan dengan seseorang secara tidak sengaja.pertemuan itu telah membibitkan perasaan yang sukar diterjemahkan dengan perkataan.kata pepatah dari mata turun kehati.namun disebabkan jarak jauh pertemuan itu hanya berlaku dalam lintasan maya.
suatu hari dia nekad untuk berjumpa dengan kekasih hatinya dalam suasana mengejut.
namun sedih hatinya bukan kepalang.apabila dia sendiri terserempak dengan kekasih hatinya bersama anak anaknya dan isterinya.Rupanya dia menyembunyikan rahsia diri selama ini.dan sejak dari itu dia mulai ragu dantakut berdepan dengan lelaki.umurnya sudah meningkat.dia telah membuang masa dan mungkin dia akan terus bersendirian seumur hidupnya..........(cerita ini telah diubah suai)

aku memandang diri aku
perlukah aku mengasihani diri sendiri
yang teralpa yang terluka
yang terleka yang bersendiwara
hanya aku yang tau......

Category:

2 comments:

C L J said...

Nampak seperti ceritera mengenai seseorang
namun tidaklah aku melihatnya sebagai individu
kerana ia adalah masih mengenai manusia dan kemanusiaan
masih ia mengenai hati dan perasaan manusia
yang hidup di ajangan kemanusiaan ini

Maka berpesanlah aku kepada seluruh umat
jagalah diri mu dengan penoh kasih sayang
belailah ia seperti engkau membelai seorang kekasih
kerana diri itu adalah titik bertolak
generasi zuriat berikut selepas mu
berilah ia nafas yang segar meriangkan
Emosi dan perasaan adalah hak pada hati insan
namun ia tetap menuntut kebijaksanaan pengurusan
maka urusin ia dengan bijaksana
Janganlah beri ruang dan peluang
emosi dan perasaan itu mengurus
diri dan kehidupan mu
Inshaallah.

zeza said...

saya puas ingin memahami apa maksud yang tersembunyi.nasihat yang perlu dimengerti...lalu saya ambik satu kesimpulan yang mudah....TAKE CARE

TUAN CLJ.....

JAUH DISUDUT HATI SAYA INGIN BERTERIMA KASIH.....

Post a Comment