selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

kita tak akan lama

sepicing lelapku ku sedar sudah lewat
berpatah balek ku usahakan sudah terlambat
pasrah ku harungi lorong yang gelap
yang ku temui cuma ruang yang padat
dengan wangian bunga bunga yang dihimpunkan
hingga aku tak mampu menciumi bauan diriku sendiri
begitulah misterinya diri mu wahai pemuja
cinta cinta yang menjadi duka
dan aku menjadi layu tanpa sempat kau merayu
lemahnya aku
melihat kedungguan ku sendiri
hanya berpura memberi ceria
yang pasti kau dan mereka tetap gembira
menikmati hidup dengan selera

Category:

2 comments:

C L J said...

Seorang pejuang tidak mudah menyerah mengalah
seorang pejuang adalah seorang pengembara
pekat hutan diredah gagah kerana deduri adalah penawar
gelap pekat bukan penghalang kerana dedaun kering
dan kekulat batang tetap setia memancarkan sinarnya
maka galahlah rakit itu asal pandai mengolah riak
maka dayunglah perahu itu asal sedia paut kuak memudinya

zeza said...

terima kasih.insyaallah ....

Post a Comment