selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

sampaikan pesananku seorang ibu

anak anakku
datanglah mendekatiku dipembaringan terakhir ibu
lihatlah kedalam mata ibu ini
wajah kamu terkumpul dan jangan titiskan airmatamu
ibu sudah ajarkan tentang saat datang dan pasti ada perginya
dan kamu harus redha dengan qada dan qadarnya
ibu masih ada diantara kamu untuk melihat ibu pergi
himpunlah keimanan kamu yang ibu ajari
disaat melihat dada ibu bergolombang melalui nafas
bisekkan kalimat yang ibu selalu tinggalkan
agar ibu tidak terpedaya dengan bisekan syaitan
jangan tinggalkan ibu berperang seorang diri
jangan menitis air mata yang pasti menganggu perjalannanku nanti
anak anakku
disaat tangan dan kaki ibu menjadi dingin
ibu masih ada diantara kamu
dan ibu melihat diri ibu juga dipembaringan
dan ibu bebas meninjau kecintaan ibu disegenap ruang
terakhir sebelum ibu dibawa pergi
basahilah diri kamu dengan air suci wuduk
biar air itu menitis yang mungkin boleh menyejukan urat dan sendiku
biar ibu boleh tersenyum dengan segala kepergian
biar ibu terasa terkurang beban dosa yang ibu bawa
selepas ini kamu hanya lihat ibu dalam kenangan
kelibat ibu disegenap ruang
jangan sepikan tanpa doa
dan jangan lupa pesan bonda....



Category:

4 comments:

Frodo Baggins said...

>>___<<

sampaikan salam rinduku
seorang anak ...

C L J said...

Sudah sekian bilangan sajak sajak mu
ku tatap bacakan dengan rasa hati ku
namun "sampaikan pesanan ku seorang ibu" ini
paling mengusik jiwa rasa
maafkan aku kerana membacakan ia
bersama resam biasa ku
beriringkan jejar cucur air mata
barangkali juga kerana aku juga
masih punya seorang ibu
yang sudah cukup lanjut usianya
namun tidak mampu aku menjamin
akan berada disisinya kelau masanya sudah tiba
kerana aku ada kerja terlalu penting
yang kebetulan juga
adalah penerusan perjuangannya sendiri
keliru jadinya diri hamba
mahu dikemanakan dua kepentingan
yang sebenarnya adalah tiada beza
mengiring perginya
atau mengiring perjuangannya
yang belum selesai.

(Maka puan ZIZA; bermohonlah hamba untuk keizinan bagi hamba bacakan sajak ini malam esok dihadapan 117 orang anak anak pintar bersama sederet sahabat pejuang sekelompok dengan hamba)

kedai buku perintis said...

persilakan tuan clj.sesungguh dengan rendah diri saya rasa lega kerana ada yang mampu menyampaikan pada anak anak kita yang lain diluar sana..terima kasih .sesungguhnya saya rasa sungguh terharu....

C L J said...

Inshaallah.

Post a Comment