selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

hanya kerana 30 sen

kebiasaan aku melalui tol dengan bayaran Rm1.60.entah kenapa dalam perjalanan malam tadi baru aku teringat yang kad tough n go ada pada anakku.dan dia tertinggal pursenya dirumah.sementara aku pula kehabisan duit.langsung tak ada.aku terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan high way untuk mencari kelibat duit yang mungkin terselit dimana mana.dibawah carpet alas kaki aku terjumpa 20 sen.dipokek pintu aku terjumpa 10 sen.aku masih perlukan satu ringgit dan 30 sen lagi.sementara anakku memberi beberapa idea bodoh.tukarkan cd yang ada dalam kereta dengan nilai tol.atau minta jurutol bayarkan atau lepaskan.cari punya cari terjumpa juga rm 1.00 dicelah reset yang terkumpul.tapi masih terkurang 30 sen lagi..akhirnya aku rasa jalan yang paling afdal ialah buat u turn dan redah jalan kampung untuk melepasi tol..namun aku tersesat lantaran daya ingatan makin terhakis....

akhirnya aku jumpa juga jalan keluarnya.alhamdulillah.tapi ia cukup memberi aku pengajaran disebabkan ini.anakku memberi nasihat yang mengalahkan Fadilah Kamsiah.pastikan duit ada dalam kereta.pastikan kad ada sebelum bergerak.jangan bagi sesiapa menggunakan kad tough n go lagi dan pastikan minyak kereta mencukupi untuk tempoh sesat.

namun pada diri aku sendiri sebelum ini ,selalu tidak mengutip atau menabung bila aku jumpa syiling dimana mana dalam rumahku...dan mulai dari sekarang aku mesti menyediakan tabung syiling dalam kereta untuk saat kecemasan..hanya kerana 30 sen..aku terlewat satu jam kekedai.minyak sesat mungkin juga 5 atau 6 ringgit.dan risiko sesat memungkinkan banyak perkara yang mungkin berlaku.apatah lagi jalan yg aku lalui adalah kawasan black area.
kesilapanku lagi ialah berjalan tanpa membawa wang yang secukupnya...terlupa?

Category:

2 comments:

Anonymous said...

Salam.Macam mana boleh lupa tu?

kedai buku perintis said...

kalau TERlupa ia sesuatu diluar jangkaan....boleh ingatkan saya ok...

Post a Comment