selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

JANGAN BERJAUH HATI

jauh kedepan
jauh memikirkan
satu perjalanan yang tak keruan
kerana hari ini kita tentukan dari persimpangan
andainya jalan itu bukan arahmu
jangan berjauh hati
kerana kita tidak tahu onak dan duri
selama kita merentasi

akal fikirku
akal fikirmu
satu perbezaan yang tak mungkin bersamaan
kerana hari ini kita tentukan keputusan
andainya ia bukan kemahuanmu
jangan berjauh hati
kerana kita boleh berubah hati
selama kita bebas berperasaan
selama kita tidak pernah jemu....


ilham melihat air tip tap tip tap dalam baldi jatuh dari siling
zeza 9.30 pagi.
aku tukar bunyi dari siling kepada bunyi syilling....

Category:

0 comments:

Post a Comment