selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

hakikatnya.....


Di Perintis.saya banyak belajar tentang banyak perkara.ia bukan sekadar kelangsungan perniagaan sahaja.namun sikap dan perangai yang pelbagai.pengalaman datang dari kesabaran.

...............seperti menjaga seekor tuntung comel tapi kelihatan macam bodoh.Saya berusaha membesarkannnya berbekalkan kasih sayang dan tanggungjawab.sedangkan saya belum nampak hasilnya.kecuali kepuasan.




lihat bagaimana sang semut mengambil peranan atas daun daun yang berguguran dan layu.mereka yang rajin sentiasa mengambil peluang atas kemunduran pengendalian .dalam perniagaan tidak ada perjuangan bangsa agama dan budaya.mereka cepat mereka dapat.sampai bila kita nak jadi daun kering?

inilah musuh dalam selimut.gunting dalam lipatan.kita selalu diperdaya oleh mereka secara kita tidak nampak.bagai menanam tebu dihujung mulut.kita selalu tertipu hidup hidup atau oleh kealpaaan kita sendiri,,,



kalau kau datang dengan keizinan hatimu
melihat ia bukan semata mata kerana anugerah mata
namun tertembus pandangan atas keinsafan
diantara kita yang tersalut noda
hasad dengki tamak haloba sesama
sehingga kita membenarkan
bangsa lain memijak
dan menujah dahi
masih ada diantara kita
memuja kekhilafan
kerana hatinya tersumbat dengan
demdam seekor syaitan..

Category:

3 comments:

C L J said...

Demikianlah kehidupan
demikian terbentangnya alam
terpulang kepada setiap seorang
memilih untuk jadi tonton atau semut
namun apa pun pilihan diputus diusahakan
tetap ada padah, musibah dan untung sendiri
maka adalah hak setiap seorang memilih apa jua
asal sahaja tanggong jawab tetap pada yang baqa.

kedai buku perintis said...

jadilah semut...
semut api..menhantar benci
semut HITAM pergi berperang
semut merah mencari rezeki
semut gatal..............?

RUMAH KACA said...

Salam ziarah
semut tonggek ?.

Post a Comment