selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

hmmm....... ada saja yang ingin dipolitikkan

apa yang kecoh sangat ni?

saya juga terpanggil untuk membeli dan meneliti isi kandungannya.saya baru saja habis disatu peringkat"keluarga seman".mengikut pemahaman saya.penulis cuba memaparkan kehidupan realiti kaum sebelum merdeka.untuk satu jangka panjang ianya bertujuan untuk menyedarkan anak bangsa bagaimana rupa sebenar wajah orang kita dizaman dulu.saya turunkan petikan dibawah....

"Pembaca yang dikenali sebagai M. Hanafiah A. Samad dari Muar, Johor itu menyifatkan tindakan Murugiah sebagai melatah dan berpendapat pengumuman berkenaan sepatutnya dilakukan Kementerian Pelajaran.

Murugiah berkata isu penarikan buku berkenaan sudah disalah tafsir dan berharap ia tidak terus diperbesarkan kerana bimbang mencetuskan masalah.

“Orang salah tafsir benda ini, sebab itu saya mahu jelaskan. Dia bagi tahu dalam ini (surat pembaca), beliau menulis berdasarkan kajian sejarah dan pengalamannya, saya faham, tapi ini bukan buku sejarah, ini buku sastera.
“Apabila buku sastera, dia boleh tukar bahasa-bahasa tertentu, atas dasar itu kita mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan terpulang kepada mereka, kalau mahu kekalkanpun, boleh kekal, tapi mereka ambil cadangan BPA (untuk tarik balik),” katanya.

Buku “Interlok” karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka, telah dipilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan Lima, sebelum ditarik balik pada 15 Disember lalu.

Ia didakwa mempunyai unsur penghinaan terhadap kaum Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis di beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan kaum India. – BERNAMA


nota....dalam perjalanan interlock tiba tiba aku terindu.lalu aku menutup mata.dan meletak buku.dalam perjalanan interlok disetiap helaian ada wajah kamu.lalu ku padam dengan
titis air mata.aku belum sampai dihujungnya.dan aku terhumban dalam kenangan.Interlok beri aku kekuatan untuk diakhir perjalananmu dengan cekal dan jayaku.

Category:

3 comments:

Anonymous said...

Salam.Novel Interlok ni dah lama sangat dah ditulis.Kenapa baru sekarang mahu dipolitikkan?

meme said...

lantaran ada yang tak faham nilai sastera dan mahu menang untuk kepuasan diri..lihaklah bagaimana mereka mampu mengaleh sedikit demi sedikit apa yang kita ada.sejarah yang dinovelkan pun nak jadi issu...

kedai buku perintis said...

salam anon dan meme.
sebenarnya banyak novel lagi yang berbentuk rasis seperti yang dikatakan.tapi disebabkab interlok salah satu novel yang terpilih...maka sedikit rasa cemburu atau iri hati atau takut menghadapi reality.

Post a Comment