selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

kisah dia dan seorang aku......

.......dia adalah pelanggan tetap saya.dari anak dua sehingga lapan dia tetap setia mengunjung premis saya.umurnya lewat 30 an .tapi apa yang menarik untuk saya ceritakan disini ialah tahap pemikirannya dan kemahirannya menguasai ilmu bahasa.
dia sebenarnya biasa biasa saja.cuma dia suka membaca.bile bertemu dengan saya ada saja permintaannya mengenai buku.didalam rumahnya memang disediakan satu perpustakaan dan dia memang mengalakkan anak anak membaca satu buku dalam satu minggu.saya terpukul bila dia mengajukan seolan dan kata kata ini

  • bila kelapangan pernah tidak kita membawa anak anak kepustakaan negara atau negeri atau yang berdekatan ?tidak.....dan saya akui lebih memikirkan tempat tempat yang menarik tanpa mengira kosnya..tapi membawa anak kelibrary berapa kosnya.dan kita seperti mendidek anak anak bahawa library itu hanya sebagai watak ilmu saja tanpa mahu memahami peranannya.kerajaan memperuntukkan puluhan juta ringgit disitu dan siapa yang kerap mengunjunginya?pergi dan lihat sendiri......disini saya seperti tertusuk duri yang tajam bila mengenangkan yang ramai masuk perpustakaan ialah anak anak muda yang sekadar bersuka sukaan dan mentelaah disaat menghadapi exam.

  • Prof ungku Aziz adalah orang yang selalu mengunjungi library dihujung minggu.katanya lagi Prof adalah model baginya dalam membentuk anak anaknya kelak.

  • orang melayu miskin harta dan budi bahasa.juga miskin menguasai bahasa juga.dia kesal kerana matlamat Tun mahadir ingin memartabatkan orang melayu ditindas oleh orang melayu sendiri.Penguasaan bahasa dunia amat penting .Lihat dengan kemahiran bahasa kita lebih menguasai ilmu ilmu yang lain.Kenapa orang melayu menentang penggunaan bahasa inggeri dalam subjek 2yang dikuasi ilmu dunia.
  • lebih menyedihkan kerana orang melayu berbangga dengan unsur unsur layunya.kaya denga perasaan hasad dengki dan tidak mahu bersatu padu.
pelanggan saya mengajar 4 jenis bahasa cina.hokkien.manderin.tioghwa.dan saya lupa satu lagi.Yang menuntut bahasa ibunda ini ialah orang cina sendiri.dia agak sedih kerana dia seorang melayu dan ilmunya diturunkan kepada bukan melayu.selama beberapa tahun dia mengajar hanya 3 orang sahaja melayu yang mahu kenal bahasa lain selain bahasa sendiri.sedih bila pelajar melayu enggan belajar bahasa sendiri sendiri sehingga di mana mana sekolah pun bangsa luar lebih menguasai bahasa melayu.

saya teringat buku enterlok yang dalam peringkat pertengahan saya baca.kebodohan kita menyebabkan kita diambil kesempatan.saya tak nafikan meluap juga perasaan marah.bila membaca buku ini.marah pada org melayu dan marah pada kebijaksaan cina....kalau anda belum membaca buku ini ....bacalah...

berbalek kepada pelanggan saya tadi.saya kagum kerana dia dapat menguasai 4 jenis dialek bahasa cina dan juga fasih,inggeris,german dan perncis.Katanya vietnam bahasa keduanya ialah perancis.saya rasa terkejut sebab tak pernah nak ambil tahu apa apa.malah saya sendiri tergolong dari orang melayu yang ketinggalan ......Kenapa melayu pandai dalam satu bahasa sahaja.

sebenarnya saya patut ambil gambarnya dan letakkan nya disini.saya kagum denganya.saya lupa beritau kemahirannya menguasai dan dapat mengajar 4 dialek bahasa cina bukan dari asas formal.dia belajar melalui pergaulan nyadenga orang cina dan dia belajar sendiri...hari hari dia membaca surat kabar cina.

saya teringat suami sya yang berkobolehan dalam bahasa cina(sedikit)dan cuba belajar menulis dari internet.fasih bercakap jepun,inggeris dan sikit sikit perancis.Pernah juga dia menyarankan setiap anak saya mempunyai kemahiran dalam satu satu bahasa...arab.jepun.cina.perancis dan inggeris.saya sebagai ibunya hanya mendengar dan tidak berbuat apa apa.....saya rasa saya telah gagal....sesekali dia berkata'nasib baik dia bukan melayu"dia bangga kerana keturunan cina dan jawa juga arab...

disini saya terfikir sesuatu untuk anak saya.namun saya perlu habiskan buku novel enterlok itu dulu,baru boleh saya ceritakan pada anak anak saya.sekarang saya mahu bergerak.kekuala lumpur..atas urusan kerja....nanti saya sambung kembali.

salam hormat dari saya
kbp.(jangan dikesalkan pertemuan.kerana ganjarannya ialah pengalaman)

Category:

0 comments:

Post a Comment