selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

sajak lalok


hai lu orang semua,jangan sepetkan mata tengok gua
jangan buka mulut belanga pandang gua.
lu ingat gua apa.gua masih ada mata.besar besar punya
tengok lu.gua rasa mahu belasah
gua hidup tidak susahkan lu,dan lu tak susah kerana gua
gua boleh hidup dimana saja.tetap comel macam kucing walau tak berbela

gua tak ada siapa siapa.mak bapak gua hidup dalam besar besar
rumah besar.kereta besar.tapi gua jadi kecik.
kawan gua dinding dinding yang gua bebas tulis apa saja
dinding itu ada muka gua.hidup gua.

dulu gua ada sidia.cinta sayang sama gua.
kini dia sudah buta.buta hati sama gua,sudah pekak dari dengar kata gua
tapi dia bagi gua kawan.kawan sampai sekarang
kalau tak ada kawan gua boleh gila.
gila boleh bunuh semua orang.
dia kawan yang gua berjuang untuk hidup
lu semua berjuang untuk apa
---------------------------------------------------------------------
nota;tugas kita ialah memastikan siapa kawan anak anak kita.dan kemana mereka pergi .

Category:

0 comments:

Post a Comment