selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

JANGAN ADA RESAH


dIA YANG TINGGI ILMU mengatakan.Hati yang resah kerana dihasuti sifat sifat mazmunah,Kalau tidak tenang macamana mahu khusuk dalam solat...... Nabi yang tidak ada dosa bertaubat 80 kali....KITA?


Malu mengakui hakikat diri.Terjah diri dalam dalam.Ingin menyucikan diri dalam keinsafan.Maka perjanjian perjanjian baru direka reka dalam pandangan mata yang tertembus lantai.Jauh berlari seorang diri mencari redha YANG ESA.

Teringat wajah emak.dan emak emak yang lainnya.Aku juga seorang emak.Dan tidak cukup masa untuk aku menerokai nilaian antara emak emak ini."ibu ibu.....dengar ye...syurga seorang anak dibawah tapak kaki ibu Ye....dan syurga untuk ibu dibawah kaki suaminya.Ingat ye ibu ibu"lembut suara yang tinggi ilmu.

Ayat yang selalu aku dengar sedari azali.Ayat turun temurun.namun bukan sesenang ayat tercipta.emak yang bagaimana untuk anaknya sesenang memasuki syurganya.Suami yang bagaimana untuk siisteri mencium syurganya.Bukankah saling bergantungan.Anak emakdan suami.
Lalu aku simpulkan begini...bermula suami yang reda.isteri yang pasrah dan anak yang taat...
Mungkin....

Jam 3.16 pagi.sunyi dan sepi.aku mencari hukum alam.hukum karma kehidupanku yang lepas lepas.berfikir kenapa aku kadang kadang resah.Adakah kerana aku masih menyimpan marah
atau dendam>adakah aku mengharapkan dapat menonton balasan yang aku sematkan,
atau kerana aku masih gagal untuk memaafkannya.Mungkin.....




Category:

0 comments:

Post a Comment