selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

YONG Haryati


teman tapi mesra

sahabat jarang nampak kelibat
namun terpahat luka hati yang kelat

kau tau rahsiaku dan ku simpan namamu
dalam ingatan sebagai kawan
jauh tapi dekat.dimata dihati tetap melihat

bagaikan awan kamu berlalu meninggalkan rintik hujan
kutadah dan maknakan dalam hati
kau simpan mendungmu dalam diam berlalu
sedangkan kerlinganmu berlagu pilu

aku sendirian dan keseorangan disini
tanpa teman itu lebih baik bagiku
temanku hanya puisi yang ku tulis sendiri
didunianya aku tenang beradu.

Category:

3 comments:

C L J said...

Puisi yang kau tulis itu teman mu
mengiring segala rasa riang dan pilu
sedangkan ia adalah anak kesayangan ku
selalu ku bujuk belai menghakis perit pilu
menempat diri ku sebagai penyuluh tanpa lampu
menimang seribu harapan masa depan dari masa lalu

sekali tersentak dikejut jaga
lalu bertanya siapa sebenar diri ku
sehingga selalu lantang dan lancang
mencari peduli pada belantara berduri
namun apakan daya kerana begitu adalah aku
yang sesungguhnya tidak mampu untuk pandai
berpura pura untuk tidak mengambil tahu
atas perkara yang tampil pada ku seolah jelas begitu.

SEKALUNG BICARA said...

Untaian demi untaian
aku merangkak dalam kelam
kerana kamu didepan mataku
tapi jauh ku tak tercapai
andai ini sudah suratan
aku terpana melihatmu
akhirnya aku sedar siapa diriku

kedai buku perintis said...

salam tuan,

keperihatinmu adalah laluan keluar duka sesiapa
nasihat yang bersalam sopan dan terselit ucapan
diammu tidak setuju dan masih dalam peliharaan sindirmu
tidak terguris hati tapi disanjungi dikagumi dalam hati
itulah matang seorang pejuang didek insan
lidah terjaga hati melontar doa
antara korbannya air mata......

Post a Comment