selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

bila lafaz seperti........

akad
yang ditentukan oleh kata kata bersurat
maka kita dipegang pada perjanjian hati .bersungguh hati
sejauh mana terbangnya layang layang tetap ditarik jatuhnya dibumi.
dan itu tetap pasti.maka kita tetap bertafakur dengan segala hendakNYA.

bila terlafaz ayat ayat yang menguji .berdosakah mencari dalam maknanya.dan tersesat dalam mencari arah pulang.maka keputusan dihujung mati ialah kunci sengketa.terjemahkan permusuhan dalam persahabatan yang tidak dinilakan dengan setitis warna biru.warnai doa doa
pemusnah rasa gundah dan lawan rasa benci yang menghuni.

namun kalau gegar juga rasa payah,lafazkan dengan 3 talak dalam menamatkan persengketaan
atau bermula membilang anak tangga dan merculah keatas dengan segala kenangan.lontarkan segala rasa dan tutuplah rongga yang ada dengan segala keyakinan yang ada.

sekali lafaz.ia sudah bermula satu bebanan.kecuali ringannya kerana penipuan.justru
keadilannya ialah menyerah diri kepada diam.menyabar dan berkeyakinan dengan sesungguh hati bahawa sesuatu itu perlu diheret kepada noktah dan titik terakhir.



bila lafaz sebiji bola.....siapa yang menjerit gol...kecuali penyesalan

bila lafaz tentang bermula...siapa yang mampu mengakhirnya....kecuali menjadi pendiam

bila gugur keupayaan.keadaannya sama seperti daun daun kering yang berguguran...

Category:

0 comments:

Post a Comment