selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

ruang yang kosong.........


dalam ruang kosong .yang tinggal sedikit itu aku menerpa masuk dengan segala izin.melihat sekeliling rupanya aku melukut tepi gantang.setelah muhabalah diri akan satu simpulan mati.aku melangkah keluar namun hati yang lemah tetap memaling maling kebelakang.entah cahaya apa yang yang diharapkan.

jauh sudah aku tinggalkan.pengalaman yang entah apa aku bawa atau aku tinggalkan.segalanya adalah seperti melihat wajah tua dicermin.senyum pun tidak nampak manisnya.kerutan wajah silam menyalam kehadiran mimpi mimpi yang mampu buat lena terjaga.

kini.ruang itu tidak diperdulikan lagi.biarlah seberapa ramai yang menerpa masuk.bukan lagi perkiraan yang perlu aku persoalkan.segalanya jelas adalah bekas tapak yang akan melangkah pergi.dan nyanyian burung diwaktu pagi tidak lagi berirama seperti dulu.ye hanya sekadar nyanyian dari azali.


Category:

3 comments:

C L J said...

Apabila maya menjadi medan yang getir
dunia dan kehidupan pun menjadi kelam
tiada lagi pentas tempat memecah tari
tiada gelanggang tempat mengatur tapak
sekali pintu lagit tetiba membuka mayanya
aku pun menumpang rajawali mengapung diawangan
terpandang bait bait berwajah pilu terukir dilangit
pada dinginnya mengirimkan resah menjadi selimut ku
sehingga diatas tali hayat yang putus putus aku pun buntu kebingungan.

kedai buku perintis said...

clj.
salam hormat dari saya.
ruang yang makin disempitkan oleh kederasan arus masa dan kesibukan memikul beban.
ruang yang mengetepikan makna persahabatan yang terpupok dan makna kawan yang tersorok.
idealogi apa yang kita pegang.kebenarannya tidak lagi seindah yang kita dengar...

C L J said...

Bagaimana pun tekanan menghimpit
seorang pejuang tidak akan terhimpit
kerana cekal hatinya dahagi terbina
tidak mungkin lemas atas tapak terpacak
pun yang nyata jelma adalah realiti seada
kerana rencana terlaksana adalah rencana Illahi jua.
namun tidak akan tersesat selagi kita tegap ditangga redha.
Inshaallah.

Post a Comment