selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

catatan seorang .........

Jam 10.45 pg aku memandu ke cheras.ketempat pemborong buku,dimana taukenya ialah india muslim.dia mempunyai lima lot kedai dua tingkat.buku yang diluar ialah buku yang baru sampai dan buku yang perlu dikembalikan(return)Aku mengambil masa 45 minit dari shah alam ke ceras(taman maluri) disebabkan jem sepanjang jalan.
inilah keadaan nya dalam kedai buku itu.Didalamnya aku terpaksa memanjat rak yang tertinggi tanpa bantuan tangga atau apa.Agak "comel"juga seorang makcik seperti aku dapat jadi super woman ni...Kalaulah aku seorang secantik kajol pasti ramai bangla/india yang akan membantu....Nasib kena renungkanlah sendiri...siapa yang sudi.........
berbaloi juga jadi super women ni.satu bonet penuh ditambah muatan tempat duduk..Namun ini umpama semut bagi toke kedai ini.Dia akan pandang satu lori muatan.Kebanyakkan pekerjanya orang keturunannya juga india muslim.Ada yang kekal kenal dan ada yang sudah diekpot balek ke tempat masing masing.Pada mereka sering ditegur"alone ka"
Agaknya dalam hati mungkin terkesian melihat aku memanjat rak tadi...kalaulah aku jatuh tu...alamat tamat lah riwayat.....
pukul 2:15 petang baru semuanya selesai.Perjalanan agak selesa dan hanya mengambil masa 20 minit.Nota hati hati memandu tetap jadi panduan kepada cara permanduan berhemah....tak ade maki maki .tak de tunjuk tunjuk jari hantu...
aku berangan dalam perjalanan balek nanti akan aku putaq putaqkan adunan untuk sebiji kek pelangi.Makan waktu panas.ranggup.....oooohhhhhhhh....namun tiba tiba aku teringat dia.dia yang selalu mengingatkan aku tentang pemakanan.dia yang sudah sebati dengan dunia herbalife.ya sesungguhnya aku teruja ingin menampilkan sesusuk tubuh yang indah ....
Yong....aku tersebut nama dia....aku perlu janjikan kesihatan yang baik untuk diriku sendiri.untuk mereka yang memerlu hikmatku..Hakikatnya siapa suka pada orang yang sakit..

Aku sampai dikedai jam 2.45 minit,dan bermulalah kesibukan seperti biasa....
alhamdulillah .shukur.aku selamat dalam perjalanan dan selamat berangan juga...

Category:

2 comments:

SEKALUNG BICARA said...

Salam sayangku zeza.

patutlah aku tersedak dari malam tadi..u duk sebut2 nama i yer..tak pe teruskan kehidupan yang rush buat mu darling. apa pun demi usia dan kesihatanmu i harap u jaga pemakanan sihat dan seimbang. kerana tubuh yang sihat dan wajah yang ceria menjana kehidupan lebih bermakna..Insyaallah jika u kelapangan teruskan usaha kesihatan sejagat demi anak2 dan keluarga. insyaallah

kedai buku perintis said...

salam yong

many many tq sbb panggil i syg.dan laling...hehheeh
akhirnya kita yong.....duduk dalam satu perahu juga
pendayungnya ialah kesihatan.i fikirkan siapa dikalangan yg rapat mampu menjaga org yang sakit.beri beban namanya...harap sampai tualah kita mampu menjaga mereka.kalau pendayung patah perahu terbalek .lemas sendirian...waktu itu bot laju pun tak pandang...

Post a Comment