selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

bil oh bil

ini bil telephone saya bulan ni.Dengan pakage 88 Rm(.Line juga internet) saya tak rasa ia keterlaluan.Dulu saya guna prepaid.dalam sebulan berligar antara 80 ke 100 rm.Sekarang tolak bahagi hanya lebih 50rm saja saya bayar.Saya juga boleh online dimana saja dengan pakage 38 rm sebulan.

Saya jarang bersembang panjang kalau saya yang memulakan panggilan.Kalau dengan supplyer saya hanya membuat panggilan balas dalam beberapa saat saja.Dan mereka akan memanggil kembali.Ya peduli apa kerana bil mereka ditanggung oleh syarikat masing masing.Kenapa harus membayar untuk mereka yang dah kaya raya?

Saya juga jarang sms.Masa saya banyak berada dijalan raya dan aktiviti yang tidak duduk diam.
Saya harap kawan kawan saya yang lain tidak menganggap saya sombong dan sebagainya.Kiranya saya boleh berbalas balas mesej anggaplah ia satu kebetulan atau ketika itu memang saya perlukan seseorang.

Saya tahu ada yang berkecil hati kerana lambat membalas mesej yang dihantar.Maaf saya pohon.Ada masanya ada perkara yang tidak dapat dielakkan .Tentu saja saya akan maklum balas selepas itu,dan saya tidaklah sesombong yang difikirkan.

Kadang kadang saya juga terasa hati kalau mesej saya tidak dijawab.Namun saya tidak terburu buru menandaikan yang bukan bukan.saya anggap mesej saya tersangkut dekat menara pemancar maklumat.habis cerita.

sekeping bil yang diterima terdapat berbagai cerita didalamnya.Kenapa bilnya meningkat mendatar atau menurun ada udang disebalek batu.
"pernahkah anda tersalah menerima mesej yang tertera"I LOVE U" sedangkan anda tahu bukan anda yang dituju."
anda juga tahu anda yang selalu menerima huruf "k" setiap kali menghantar mesej.
ianya satu perseolanan yang hanya mampu ditelan dan ditahan....


kbp.

Category:

0 comments:

Post a Comment