selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

ingin jadi kaya?

makanan yang kaya dengan penyakit(bagus kalau makan selalu)


perinsip mudah saja.Ingin menopoli pendapatan sebenar untuk tidak dibahagi bagikan,JANGAN BERHUTANG.Namun agak sukar dizaman sekarang kalau hidup tanpa hutang.Rumah dan kereta adalah asas yang perlu ada.Jarang ada orang beli cash kecuali duit itu umpama kertas bagi dirinya.

Kita tidak dapat mengelak dari hutang.Kita kena ada rumah .Kena ada kereta.Paling slow pun motor.Saya ingin tekan hutang ini adalah sesuatu yang boleh kita elak.Barangan berkredet ini mampu membuat kita jadi papa kedana setiap bulan.Kalau papagomo oklah juga.Dia banyak duit .

Misalnya kad credet.Menghulur kad credet .bererti kita sudah terikat dengan bank.Lambat bayar kena penalti.Perbelanjaan dengan kad credet juga membiasakan diri dengan berbelanja tanpa berhemah.tanpa perancangan ,akhirnya dihujung bulan kita terduduk dan memungkinkan membuat hutang baru.

Paling idea.perbelanjaan dapur boleh dijimat dengan cara berkebun secara kecil kecilan.Misalnya serai ,cili .dan pelbagai jenis sayur yang senang ditanam.Alasan tiada tanah?boleh saja tanam dalam pasu dan secara hidropolik.Teknologi macam macam ada.Jadi cuma kita saja yang boleh katakan ya atau tidak.Sebenarnya kita tidak terdesak untuk melakukan kerana kita berada dalam selesa dalam bumi malaysia ini...tapi ia tak salah untuk mengecilkan duit berbelanja.

RECYCLE..Dikalangan yang berjiwa besar.menjual barang terpakai adalah satu yang boleh menjatuhkan'kemaluan".Malu untuk mendapatkan duit dengan cara halal.Saya teringat seorang apek yang boleh buka compani kerana menjual barang barang recycle ini.Satu hari dia meminta sedikit air untuk ditabur pada ketas kertsa terbuang untuk dibawa ketapak perlupusan.Saya tanya kenapa basahkan kertas kertas tu..katanya"MAU TAMBAH SIKIT BERAT MAA...."lalu saya kata.boleh tipu ka.....dia bercakap..kalau mau untung besar mesti ada sikit tipu.kalau mau kaya raya.mesti mau tipu banyak....(itulah istilah hidup cara bisnes orang cina)

Jaga kesihatan.Makan sekadar untuk keperluan.Itu kata saya.Tapi kalau ada makan free dimana mana anggap saja itu rezeki.Balunlah sepuas hati,dan esoknya berpuasalah.Belanja perubatan memang agak tinggi.Jadi jangan sakit dan cari penyakit.Duit tak bagi dokter.dan selamat dalam tabung haji.(ada hikmahnya juga pengurusan nya yang lambat ..jadi org malas nak keluarkan duit..

Beri cash pada isteri untuk belanja keperluan.Katakan ini bulan hanya ini yang ada.dan pandai pandailah edit duit itu.Isteri yang cerdek dia akan simpan sorok sorok .Namun bila susah dia selamba keluarkan duit itu untuk mengongsi kesukaran.Jarang suami suami berterima kasih pada isteri dalam hal ini.

Kalau terpaksa berhutang terus bayar.Percayalah Allah akan luaskan rezekinya dan memudahkan laluannya.Lebih lebih lagi yang hutang Mara samada belajar atau dapatkan modal perniagaan.Saya yakin berkata orang yang berhutang .jiwanya sentiasa resah.Kalau kaya atau nampak macam kaya tapi bulan bulan hati susah membayar hutang..tak de maknenya....

Nak jadi kaya.carilah perniagaan tanpa modal.....misalnya...airliur...motivator...

hari ini saya hanya merepek.....sekadar nya...
kbp...

Category:

0 comments:

Post a Comment