selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

PUNCAK BLOGGER


Dunia blogger adalah dunia yang unik.Kehidupan mereka berada ditenggah kenyataan dan impian.Kenyataannya mereka adalah normal dengan meraih kehidupan sendiri dan ada masanya mereka tenggelam dalam dunia maya yang tiada bersempadan.Mungkin kalau sekadar berimpian sendiri tidaklah terlalu mencemkam jiwa kecuali pengorbanan masa untuk bersantai.

Blogger yang berkorban masa dan tenaga atas dasar semangat perjuangan yang iklas jarang nampak rasionalnya pada akal pemimpin.Mungkin mereka tidak pernah terfikir pejuang maya hanya bermodalkan sedikit kepandaian it dan sedikit keperluannya untuk melontarkan kata kata.Hanya pandai mengkritik atau mengadu domba.

Semangat yang datang dari dalam blogger itu hanya percuma untuk satu pahala. Mereka berjuang untuk memastikan keutuhan organisasi dalam menjaga rumpun bangsa dan agama.Mereka lebih mulia daripada mereka yang bergaji buta dan cuma pekakkan telinga dikerusi empuk semata.Sedangkan blogger mengadaikan masa tenang dan sunyi juga waktu tidur untuk menyedarkan rakyat tentang kebenaran sejagat.Siapa yang memerhati pengorbanan yang nampak sedikit tapi nilainya tiada pada harga.Siapa yang memperincikan tugasan milik sendiri dan percuma untuk negaranya.Mereka bersusah mendaki kepuncak namun siapa tahu saat saat sukarnya.

Blogger bukan saja mengorbankan masanya malah wang ringgitnya untuk menyempurnakan tugasannya.Siapa yang pernah terfikir kenapa mereka rela untuk untuk melakukan semuanya kecuali semangat juang yang tiada dapat ditahan.Sepatutnya mereka ini diperhati dan dinilaikan semula.Mereka menulis bukan kerana nama.Ramai dikalangan mereka adalah pejuang senyap dalam perang minda namun tidak meminta apa apa balasan.Namun apa salahnya mereka dihargai atas sumbangan iklas mereka...

Category:

2 comments:

Unknown said...

Tuan,

Ikhlas dan dihargai. Sepatutnya itulah idealnya.

Kata bijak pandai,"Ideal itu seperti bintang.Kita tidak dapat mengetahuinya dengan rabaan tapak tangan, tetapi dapat melihatnya sebagai pedoman dan dengan mengikutinya,akhirnya, kita mungkin sampai ke destinasi."

kedai buku perintis said...

menulis bukan kerana nama...

Post a Comment