selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

siapa baca diari kita


kita tidak mampu menyimpan pelbagai data dalam ingatan kita.Diary adalah stor penyimpan maklumat yang terbaik didunia.Walaupun ada pelbagai pilihan dalam dunia teknologi ini .seperti notebook.computer.ipad.telephone tercanggih namun kita ada sebab tersendiri kenapa diary masih diperlukan.diari perancangan eklusif sesuai dengan kerjaya anda sebagai seorang usahawan dan yang berkaitan dengan urusan harian.

Jangan terkejut jika saya katakan lelaki tidak suka menulis tentang hidupnya dan mencatet apa apa yang penting sepanjang hidupnya.dia lebih suka menganggap kenangan itu adalah satu babak dalam kehidupan.Mungkin mereka mempunyai ketajaman ingatan atau mahu melupakan apa apa sahaja.Mereka tidak peka pada tarikh tarkh penting pasangan atau ahli keluarga.(any komen?)
diari ini khas untuk kaum wanita .Apa saja info didalamnya adalah berkaitan dengan cara kehidupannya.Setiap tahun diary khas ini selalunya habis dibeli atau ditempah.Satu perubahan yang baik dimana kesedaran kaum wanita yang bekerjaya atau suri sepenuh masa merancang aktiviti mereka seharian.Ada masa ia boleh menjadi satu tempat meluahkan rasa..


saya sendiri memileki tiga buah diari setahun(selalunya dapat free).satu diari perancangan perniagaan dan maklumat data wajib saya ada .satu untuk catetan peribadi dan satu lagi untuk apa apa aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan sampingan...hasil jual barang recycle pun saya akan catetkan.

Dulu saya sering menulis diari ,dan meluahkan perasaan saya didalamnya.Namun ada ketikanya saya menjadi risau kiranya diari saya dibaca oleh orang lain...
lalu kerana itu agak sukar untuk melahirkan kejujuran dalam kenangan sendiri.saya masih menyimpan diari lama saya.saya dapati....saya boleh menilaikan diri saya sendiri....(siapa saya)

ini sajak yang saya tulis lapan tahun yang lepas.(saya tulis untuk seseorang)

sakit hati
kamu memilekiku dengan suratan
hanya jasad yang berurusan
mata dan hatimu entah untuk siapa
terapong aku dalam laut bergelora
tiada kau merasa
aku yang dimatamu
hanya benci yang menjadi taruhan
perjudian meneruskan kehidupan
hanya mata mata yang kecil
melihat tidak mengerti
mereka dibesarkan
terasingan perasaan
...
sesekali.lihatlah dalam mataku
apa dihatiku......


kbp

Category:

2 comments:

azahrohaizah said...

kbp..
entah kenapa sy takde diary...notebook pun sbb terpaksa..itu pun sebab kerap kali di sergah boss

bukan ingatan kuat, tp mungkin kenangan sy amat pahit untuk sy tulis..

mmg betul 'laki' takda diary..dan tak pernah nak ingat hari2 penting..mcm birthday atau anniversary...emmm xpelah..

sy copy sajak kamu ye..nak tujukan kat mantan..heehe

kedai buku perintis said...

Azah
Terima kasih .sudikan lah

Post a Comment