selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA


12.57 am

monolog seorang aku
Tuhan
aku melihat dunia.dan aku lupa dunia juga melihat aku
aku mendengar dunia.dan aku lupa dunia juga mendengar aku
aku yang kecil diantara yang bersujud itu
aku berbicara hanya mampu didalam hati
malu mereka mendengar permintaanku
kerana dosa dosaku

aku kira aku benar menyampai
aku kira aku benar memahami
namun aku lupa aku menyebut seseorang
aku lupa aku merejamnya dengan hasutan berpanjangan

sunyi ini.aku kembali melihat diri
sempurnakah aku dalam pandanganMu
menepis bisikan mengoncang iman
ada masa aku cintai dunia
ada masa aku terkurung didalamnya

hujungnya adalah kematian
bersediakah aku ditinggalkan
dipusara keseorangan.

Category:

0 comments:

Post a Comment