selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

selepas itu.....




aku pulang dengan kosong atau beban fikiran
pemutus dan penamat silang kata
aku menunggu detik yang makin mampir
pasti aku tidak mulakan dan hanya ada harapan
walaupun ia sekadar diawang awangan

selepas itu
semuanya akan jadi senyap sunyi
bagai terhenti malapetaka yang baru terhenti
jadi bisu dan pekak seketika
menadili kenangan bersama

bagai merentangi
satu sketsa kehidupan
harus diharungi dengan apa jua keputusan
dalam gelora aku menunggu tenangnya
agar ditepian tidak kelemasan

selepas itu
tidak lagi aku berpaling
dan aku kenangankan segalanya
atas nama perjuangan
senyap dan maya....

kbp..
12.38 am.

Category:

0 comments:

Post a Comment