selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

SENYUM--- JANGAN KATA APA APA


(A)
PERCATURAN. hidup ini tidak pernah terduga oleh akal atau realiti yang sengaja kita cari.Nilainya juga tidak sama.pengalamannya juga membawa makna yang lebih membuat kita menilainya semula.ketika tangan digapai dek kelemasan arus yang deras.Disini bermula susun atur persahabatan /perhubungan insani.Terima kasih bertemu dengan Mu disaat aku mula mengali lubang untuk aku benamkan sebuah kehidupan.

(B)
Semudah berkata kata.Bagai angin membelai tubuh yang kepanasan.Berlalu dan senyap.Datang berulang kali dengan erti erti.Rupanya ia adalah kisah puisi yang dilukiskan dalam himpunan kenangan kenangan.Luka itu penawar untuk digembirakan.Senyuman itu adalah terindah terukir dihujung sepi dan bila sendiri.Watak hati hati yang pecah dan remuk.luka dan disakiti dalam unjuran yang sekadar berteka teki.Untuk hari ini dan bila bila akan aku kenangkan saat "kecil hati ini"Nilai persahabatan sebagai apa pun tidak dapat lagi dikenangi sebagai satu yang menyenangkan.Ia hanya sekadar pembungkus gula gula yang akhirnya habis dimamah semut semut.Adakalanya semut pun mati kerana kemanisannya.Dan ia sedang berakhir......

(c)
ketentuan telah diaturkan untuk satu jalinan.Nilainya juga bertindih tindih antara suka dan sedih.Namun keiklasan dan rasa itu telah menyimpulkan hubungan yang hati sesama sendiri boleh menilaikannya.Namun samaada kita ujud atau tidak ia tidak memberi apa apa perasaan pun.Terkesan kerana ia namanya perhubungan.Dan sejauh mana ia boleh dikatakan persahabatan...hanya masa yang menilaikannya nanti..

(d)
Ia adalah dari azali.Ia adalah kehidupan yang telah ditentukan.Kerana ia pincang maka
berlakulah gerak atur yang bersifat reality atau maya.Dan disitulah .A B C DAN D MENYIMPUL kehidupan seterusnya.


kalau yang tidak faham.tidak mengapa.saya menulis untuk diri sendiri.

kbp.

Category:

2 comments:

pisau belati said...

memerlukan hati yang seikhlasnya dalam menilai sesuatu perhubungan itu.dan ianya tak mudah.

kedai buku perintis said...

bukan mudah sesenang memulakannya.

Post a Comment