selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

ingatan seorang kawan

sesunyi pagi.sehening fajar menyinsing
awal tanda subuh berlabuh
tumpu pada wajah wajah berbalam
diantara kamu dan kita
hilang berpegang pegangan
tiada lagi ,tiada apa kata kata
bagai kain yg tercarik
tidak dipakai
tidak dibuang
tunggu masa menjadi buruk
tunggu saja ia tersempuk

seorang kawan.selamanya bertautan
antara jasad dan roh
doa doa mengiringi kesetiasaan
doa doa menemankan kegusaran
ketawa hilangkan kerisauan
senyuman lahirkan keceriaan

namun kini
bagai membilang hari
berlalu dan sepi
dan bagai satu lukisan
yang tidak disudahkan
sesuatu yang tidak berakhiran
menuju kepersemadian
hujung jalan.

Category:

2 comments:

C L J said...

semadian itulah penantian
walau ia bukan penghujung jalan
ia tetap kekal laluan sebenar pencarian
disanalah penyudah sebuah lukisan
yang tidak pernah dapat disiapkan
kerana penyudah sebenar itu sesungguhnya
bukanlah kerja kita bergelar insan jadian
melainkan beredhalah kita pada ketentuan
yang telah sedia tersuratkan
atas kehendak yang menjadikan

kedai buku perintis said...

jawapan yang bagus

Post a Comment