selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

salam perjuangan


Kudrat saya cuma maya.masa yang dihabisi dengan kewajiban dan sesisanya saya juga turut bersama sama rakan perjuangan.CUMA NAMPAK ATAU TIDAK saya mengecilkan diri dalam halimunan dengan identiti yang tidak diketahui sesiapa.
Saya berada dimana mana.Melihat dan mendengar.Saya tidak tampil memunculkan diri setelah terasa bagai berudu yang tidak pandai membesar.

Saya memahami sakit berjuang untuk kebenaran dan menegakkan asas asasnya demi bangsa agama dan tanah air.Bagai selumbar dibawah kuku.kesakitan harus diriringi dengan nekad dan berani.Mencabut selumbar seperti menghilangkan kesakitan pada jiwa negara juga.Mereka mereka ini antara sedar atau tidak telah memesongkan apa saja kebenaran demi menjaga kepentingan peribadi masing masing.Mereka tidak sedar masa depan mereka ialah MATI dan akan dipersoalkan .Apa yang ada pada dunia yang kita gemgam ini.Sekadar SEMENTARA DAN MEREKA BERMATIAN HANYA UNTUK SEKETIKA.

Setakat ini. sahaja yang termampu oleh kemampuan yang amat terbatas.Siapa saya yang mahu menjulang nama.Siapa saya yang tidak ada dimana manapun.Saya cuma seorang PENCINTA
yang hanya mahukan anak bangsa kita mendaulatkan negaranya selama lamanya.
Saya hanya berjuang dengan cara saya sendiri.
Dan saya sendirian.

kbp


Category:

2 comments:

C L J said...

Sakitkah tertanggong
apabila selumbar ada
dibawah kuku jari mu ?
Barangkali sakit itu
adalah nikmat tersirat
apabila ikhlas tersemat
lemak manis jua terkecap
atas yakin sebenar terpahat
bahawa segalanya terhimpun berkat
untuk dikutip labanya pada hari esok.
Maka janganlah engkau rasakan sunyi sendiri
kerana sesungguhnya Allah yang maha esa pasti ada
rasailah hadhirnya dalam diri yang selamanya pasrah
Inshaallah.

kedai buku perintis said...

clj..
sakit dan rasa mcm nak keluarkan orang...
sakit yang kecil tapi harus ada berani yang besar.

Post a Comment