selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

ikut hati mati.ikut rasa binasa....

Alkisah.hakikat kita sebenarnya degil.Degil berlawan dengan fitrah yang ditentukan.Jalan sudah ditunjuk dengan segala ilmu dan pengetahuannya,namun kerana menurutkan kata hati.pasti ada kesudahannya ialah menempah keburukan untuk diri sendiri.

Dengan rendah diri saya akui saya tersangat lah degilnya.Degil untuk menjaga kesihatan agar sentiasa sihat walapiat.Dalam keghairahan saya memjual produk kesihatan,saya juga tidak dikecualikan untuk memerlukannyaSaya juga tidak menjaga masa tidur juga pemakanan serta bersenam sekerap mungkin.Saya mereka alasan yang hanya sekadar menutup kecuaian diri sendiri.

Baru baru ini,setelah mendapati kesihatan agak lemah saya pergi membuat pemeriksaan darah.Sebenarnya sudah beberapa bulan saya tidak mendapatkan rawatan dokter.Kali terakhir membuat pemeriksaan darah sudah menunjukkan tanda tanda berisiko dan kena berjaga jaga.
Kerana pasti bahawa saya boleh mengawal kesihatan tanpa bergantung kepada ubatan kimia.saya akhirnya diberitahu dokter bahawa saya telah gagal.
Saya terima akan hakikatnya." TIDAK PERNAH SERIUS DALAM KEADAAN APAPUN"

Ini bil pengambilan ubatan untuk 2 minggu.Bayangkan kalau untuk satu bulan.Boleh mencapai RM 700 lebih.Saya agak bernasib baik kerana segala bil perubatan ditanggung oleh syarikat suami dan saya tidak pernah risau kerana itu.

Namun disini boleh dilihat siapa yang rugi dan siapa yang mengaut keuntungan.Syarikat akan berbelanja besar hanya untuk kos rawatan.Itu belum dikira jumlah yang kronik dan yang meninggal kerana masalah strok,jantung dan sebagainya.

Di malaysia.kita terlalu mewah dengan segala jenis makanan.Maka makananlah punca kita mendapat masalah ini.Perut yang tidak dijaga kerana kurang berkemampuan mengawal nafsu.
Kita akan makan apa saja dan berhenti setelah kita sakit.

Bayangkan kalau pendapatan hanya cukup sekadarnya.Tentu saja tidak mampu untuk mendapat rawatan ini.Dan bayangkan juga bagaimana pihak hospital kerajaan mengenakan cas yang murah untuk pesakit dan mereka ini tidak tahu bershukur.Tidak dinafikan ubat ubatan kimia ini memang mahal harganya.Maka beralehlah kita kepada produk kesihatan yang jauh lebih murah dan selamat.

Saya agak tidak selesa setelah menerima ubatan ini.Saya hilang kecerdasan.dan lebih berminat kepada baring.Mungkin saya perlu rehat secukupnya,namun sesuatu yang ada dalam diri saya sudah tidak dapat dipertahankan lagi.Yakni sihat walapiat.Wajah saya kelihatan tidak bermaya
malah kelihatan sugul.Kenapa?
"KERANA AKTIVITI LINCAH SAYA SUDAH TERBATAS,"

DAN SEKARANG.SAYA BERAZAM AKAN MENGEMBALIKANNYA SEPERTI DULU.DULU DULU DAN YANG TERDAHULU.
SEMUGA SAYA BERJAYA.

KBP
2.11 AM.(SIANG TADI TERTIDUR DAN MENHADAPI IMSOMIA PULA)

Category:

0 comments:

Post a Comment