selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

Edisi cerpen bergambar,(testing)

PERSINGGAHAN BALQIS.

Sedang leka memayakan diri didepan skrin i pad.terdengar suara memberi salam diluar.Dari suara sudah dapat menyangka.siapa pemberi salam itu.Balqis.kawan kepada anak anakk,.anak kawan baikku juga anak asuhan yang sudah dianggap seperti anak sendiri.Padanya ini rumah keduanya sewaktu kecil kecil dulu.Setelah bersalaman dengan ku.balqis menyatakan keinginannya untuk mengajak anakku keluar.Nuaraini diantara yang paling rapat.Sayang sekali..Nuarini sudah dipinjam kawan kawannya terlebih dulu.

Aku menyedok bubur nasi yang dihiasi dengan daun bawang dan daun sup serta ikan bilis goreng.sesudu kicap sebagai penambah rasa.Aku memberi pilihan kepada balqis pakek kopi yang digemarinya walaupun katanya dia tak kisah minuman apa yang aku hidangkan.Aku akhirnya meminta dia mencuba kopi kolegen yang khasnya untuk wanita sahaja.
Diskrin i pad aku mencari halaman resepi dan ingin mencuba sesuatu yang baru.Balqis leka melayan handphone dan sesekali tersenyum sorang.Fenomena biasa yang berlaku pada anak anak gadis remaja sekarang.

"Cik za.dulu kata aini,nak masuk hutan,jadi atau tidak..aini dah nak balek dah.."soal balqis yang membuat aku menatap muka balqis.Mencari jawapan dan mula terfikir betapa seriusnya perancangan itu.Tiga minggu lagi anakku aini akan balek keAustralia untuk menyambung sessi pelajarannya ditahun kedua.

"Entahlah balqis.cikza sibuk dan aini ada juga bertanya.Tapi kawan kawannya semua dah masuk belajar semula.Kalau nak pergi pun cuma minggu ini.Hmmm cuba tengok kalendar diatas meja sana tu."aku mengarahkan balqis.Pantas balqis bangun dan melihat tarikh tarikh yang sesuai.

"Nampaknya cuma minggu ini saja.Jumat sabtu dan Ahad.Macamnilah balqis.tanya geng geng awak siapa nak ikut dan awak uruskan.Ini laman blog dia.dan awak hubungi yang berkenaan dan apa apa nanti msg cikza,jadi atau tidak" .Balqis melayari blog yang ditunjukkan dan
. menaip sesuatu di handphonenya.
"macam best je.adventure."kata balqis sambil menambah bubur kemangkuknya.
Seketika aku terdiam.membayangkan anak anakku dalam situasi yang tidak pernah diterokainya.Aku suka melihat mereka belajar dari kesusahan dan kepayahan hidup.Ia amat menguji minda dan ketahanan fizikal.

"Cikza ikut tak?"tiba tiba balqis bertanya.
"Tak kut.tak kuasa campur budak budak gedik".kataku lagi sambil menepuk bahu balqis dan memulakan sessi bersilat didapur untuk hidangan tenggahari.Balqis mengekori ku didapur dan membersih pinggan mangkuk yang bersisa disink.

"Nanti bila kawin saya tak mahu memasak.leceh .penat.belum tentu sedap.lagipun dapur akan berselerak.makan je kat kedai."rungut balqis seorang sendiri.
"lain balqis masakan dari tangan isteri.berkat rumahtangga.,"kataku tergelak kecil.
Balqis setahu aku memang jarang kedapur.Dia hanya tahu belajar dan agak lincah mencari pengalaman hidup.Hatinya cekal tidak sepadan dengan wataknya yang lembut dan bertudung

Balqis memohon meminta diri.Dia berjanji akan menguruskan dari a sampai z.
"kalau jadi.cikza hanya sediakan fulusnya saja..kata balqis yang hilang dalam kereta saga dan hilang juga dalam pandangan.

Saat memulakan perjalanan,fikiran ku agak melayang.Balqis memandu kereta dan diawasi oleh anak lelakiku.sedangkan aku menyambung mimpi dalam lena.Asalnya dua kereta berkonvoi menjadi satu kereta setelah mereka menarik diri disaat akhir.Agak kecewa kerana aku bermaksud mengumpul anak anak asuhanku(dari kecil dijaga) tidak tercapai.Aku terpaksa juga menyertai setelah diminta oleh suami untuk memantau mereka.Semuanya berlaku disaat terakhir.

Perjalanan bermula dari menaiki boat dan turun kejeti.Sungainya agak besar dan masih terjaga perkekitarannya dari kuasa moden.Penduduk menggunakan boat sebagai penantara kebandar atau pekan pekan kecil.Ia mengingatkan aku ditahun tahun era 70 an dimana masih ada kampung kampung yang dhaif sepanjang perjalanan berjalan kaki.(trekking).Aku memberitahu anak anakku.orang asli sudah tidak seperti dulu lagi.Mereka juga mampu membuat rumah dan membina perkitaran seperti orang kampung yang biasa.

Perjalanan sudah memakan masa dua jam.Sudah terasa keletihan dan badanku sudah dibasahi peluh.Hanya semangat saja yang ada untuk memberi dorongan kepada anak anak yang mulai merungut kepenatan.Aku membandingkan usia ku yang berkali ganda dari usia mereka tetapi masih boleh.(sebenarnya dalam hati ,mau taubat je..)Rupanya aku masih diulit oleh kenangan kenangan lama semasa aktif dalam pasukan pengakap dizaman remajaku..Aku memang sukakan aktiviti yang mencabar (adventure).Berbasikal.mendaki juga berkhemah.

Rasa lega setelah diberitau tempat dituju hanya beberapa meter lagi.Seketika aku terhenti dan ditunggui oleh anak asuhanku(shukran)sementara yang lain sudah maju kedepan.Mereka menjerit kemenangan dan mulai bercakap cakap.Aku mengurut dada dan
nafasku mulai terasa sesak, Peluh menitis menahan kesakitan.Shukran masih menunggu.walaupun aku memberi jaminan bahawa aku hanya kepenatan.

Akhirnya aku dapat juga melepasi saat saat mendebarkan itu.Shkran bertanyakan usiaku yang sedikit memuji keupayaanku berbanding kawan baikku yakni ibunya.Rasa lapar dan selera memuncak bila terpandang pulut dan rendang daging yang telah disediakan.Anak anakku seperti baru menghargai makanan bila dalam keadaan betul betul kelaparan.

Tiba tiba aku terasa mual.dan loya.Aku berlindung dibalek pokok besar dan memuntahkan segala yang aku makan.Perutku mulai sakit .dan pandanganku menjadi gelap.Aku cuba bertahan dan berdoa semuga aku tidak menyusahkan sesiapa.Disaat itu terasa seakan seseorang melihatku dalam diam.Harap janganlah engkau malaikat.Jangan ambil aku disaat ini.
Dadaku menjadi sesak.dan aku mengurut dada perlahan lahan.Kepalaku berdenyut denyut dan aku mengagahkan diri ditempat yang selesa untuk duduk.Aku melihat kegembiraan anak anakku dan rakan rakannya dan berselang wajah diam seseorang ...

"mak.mak ...balqis talipone" aku dikejutkan serta diberi handphone kepadaku.
"cikza...bla bla bla........."bagai terpingga pingga aku hanya mengangguk faham dan bersetuju untuk menyertai aktiviti trekking diTaman Rimba Kenong.Aku rupanya bermimpi dalam mencari mimpi yang benar..Dibawah pepohon ni melihat bayang yang berbalam antara sedar dan mimpi.


saat memulakan perjalanan mimpi disiang hari.

gua dan lu...

kenangan keaktifan remaja ku dulu bagai jelas dalam pandangan .Hai generasi sekarang.kenangkanlah anugerah alam ini untuk kita menunduk hati pada pencipta.lapar juga satu anugerah untuk menghargai nilainya kenyang



kbp,
2.40am...
mimpi indah.

Category:

0 comments:

Post a Comment