selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

lega


setelah aku membalas hutang terhimpun dengan TUNAI.Rasa LEGA dan HATI mulai senyap dari berkata kata.Setenang melihat bayang sendiri ditasik yang belum diusik.

Setelah gelora berhenti dan cuma angin sepoi bahasa menyelimuti rasa yang tertinggal.Selepas ini tidak ada lagi permulaan yang dah diakhirkan dengan cara sepi dan diam diri.Akan selamanya ia berlalu dan ia cuma cerita dalam mimpi mimpi cuma.

Langkah menuju kepada penghormatan hidup yang lebih selesa.Tinggalkan saja apa apa yang menganggu gugat kedamaian selama ini.

Hentikanlah keluhan keluhan yang terbenam selama ini.Luahkan dengan melihat kenyataan
"tidak ada yang kekal kecuali bersifat sementara sahaja"

Katakan"aku merdeka"dari apa saja yang berselirat dalam rasa.
selamat tinggal pada apa yang terasa,

Hutang tiada lagi...

Category:

3 comments:

C L J said...

Hidup tanpa cabaran pun kekadang membosankan juga.
Kejayaan yang cemerlang biasanya menanti di hujung cabaran. Lagi mengancam cabaran itu lagi hebatlah kecemerlangan menanti. Hidup ini menjadi lebih menarik dalam nekad juang menghadapi cabaran. Wallahuakllam.

kedai buku perintis said...

segerakanlah melunasi semua hutang hutang yang ada.pemberian maaf dan meminta maaf dengan niat menguburkan rasa tidak tenteram selagi memikirkannya.
akhirnya akan menanti hadiah jiwa yang lumayan.

clj .terima kasih.

Azam Abd Rahman said...

salam.......tabahkan hati

Post a Comment