selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

malam yang merapu..

susun atur semula.nampak lebih kemas

ada masanya tidak cukup kaki tangan

Tidurnya tenang.Pasti keletihan bermain golf dan menyambung tugasnya dalam event penting hingga kemalam.Bila aku sampai kerumah dia sudah tidur tidak sedarkan diri.Namun sedarnya hanya meminta kakinya dipicit seperti biasa.Sehingga dia kembali tidur aku menyelimutkan tubuhnya yang tidak tahan dengan kesejukkan penghawa dingin.

Jam 12.30 tgh malam.Aku mengadap dua bakul baju yang belum berlipat.mengasingkan baju baju anak anak dan meletakkan dalam bilek masing masing.Dengkurannya memecah kesunyian malam.Seketika aku menatap wajahnya.Kata kata rahsia hati tidak dapat diucapkan.

Dimeja kerja online.aku membuka laptop dan bersedia menjelajah alam maya .Ipad.iphone dan laptop aku buka serentak.Mindaku berpesta dengan alam penjelajahan yang tidak ada batasnya.Dalam masa yang sama aku mengulit wajahku dengan cream malam dan losyen seanggota badan.Begitulah aku menyibukkan urusan minda dan rutin dalam senyap sunyi dimalam ini. Koleksi kosmetik malam.Yang menjadi wajib.

Mata masih berjaga.Silapku kerana menjamah sate dan nescafe setelah pulang dari kedai tadi.Entah kenapa tiba tiba saja aku ingin berbelanja Staff baru.yang sudah merdeka dari orentasi selama seminggu dikedai aku.Melihat kerajinan dan baikbudinya buatku rasa iklas untuk mengajaknya sekali. Sate Tiara diPutra Perdana

Jam 1.53 pagi.Esok PM Datuk Sri Najib.akan mengadakan lawatan disekolah menenggah yang berdekatan dengan premis ku.Dengarnya ia adalah pertemuan dari lima daerah dinegeri selangor.Maka malam tadi ramailah yang datang untuk membuat photostat juga urusan yang berkaitan.Alhamdulillah.rezeki sudah masuk walaupun PM belum menjejak kaki lagi.

Aku berangan sekiranya PM sudi melawat premis premis disitu dan singgah membeli atau sekadar bersua muka.Maka berharaplah jua Pm mengumumkan keistimewaan untuk peniaga kecil kecilan dari segi kewangan dan pinjamannya untuk menaik taraf taraf ekonomi orang melayu.Aku berangan Pm melangkah masuk kekedai dan terpandang pintu yang daif serta rosak.juga siling yang sudah melopong.Dan dengan segala baik budinya PM menghulurkan sumbangan yang bernilai Rm5000.ringgit untuk tujuan pemulihan.

Tentu aku berbangga dapat bergambar dengan PM,sekaligus membuat premis ku dikenali walaupun sekejap."tidak tidur lagi"suara garau serak basah mengejukkan aku dari angan angan.Aku menoleh.pasti dia tidak selesa dengan lampu yang terpasang.Aku hanya diam tidak menyahut.Tetapi hanya menatap wajahnya.Lama.Sesuatu yang sukar untuk diterjemahkan.

Jam 2.11 pagi..kalau aku tidur sekarang .maknanya masa tidurku hanya empat jam lebih.Amat tidak bagus untuk kesihatan.Esok aku harus kekedai awal pagi.Dan mungkin menyertai dalam ramai orang dalam program lawatan Datuk Sri Najib.Atau mungkin aku terpaksa menjaga kedai sepanjang masa.Semuga aku mampu tersenyum untuk keesokkan hari.

Pukul 2.16 pagi.Aku harus menemani sidia dipembaringan yang selesa.mendengar nyanyian dengkuran dan berhubung nafas malam.
selamat malam untukku..


kbp

Category:

1 comments:

Anonymous said...

askum..kdai ni ada x jual buku2 utk pra sekolah? lg 1 ada jual kertas crepe x..klu ada blh dtg beli kat kdai awk.

Post a Comment