selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

tajuk?.....tgh fikir....

sambungan....(gian pula nak menulis)
......seperti dijangka aku memang terlambat bangun..hampir jam 7.00pagi.(sempat lagi bersubuh)Disebabkan hari minggu aku bermalasan sambil bermanje manje dulu...(not more)
Seperti perancangan aku malam tadi untuk kekedai seawal pagi terpaksa ditangguh .Ini dsebabkan kerana aku harus mendulukan keperluan keluarga terlebih dulu. Masak sarapan seterusnya masak untuk tenggahari terus. Memasak dan mendobi adalah dua perkara yang mesti kerana kedudukan mesin basuh berdekatan.Jimat masa.Untuk sarapan memadai dengan roti canai segera.garlic bread.dan puding roti.Kari frozen dipanaskan bersama sambal ikan bilis yang sengaja aku simpan beku.Jam 12.30 tgh tugasan bibik sudah selesai.Namun seleraku agak padam dek keletihan barangkali.


ikan masak stim.(kurang ceria tanpa daun bawang juga sup juga bawang goreng)ayam goreng bercili halia.sayur dengan tofu telur dan kari juga sambal bilis yang dipanaskan semula.

Jam 2petang aku bersiap untuk kekedai bersama anak lelakiku yang ditugaskan menjadi' driver'
Sepanjang perjalanan menuju kekedai berderetan berdera dan juga banner Datuk Sri Najib dipasang sempena lawatannya Kesekolah menengah Taman Putra Perdana yang tidak jauh dari lokasi kedaiku.Suasana dikedai agak lenggang.Mungkin ramai yang memfokoskan pada perhimpunan dipetang itu.Aku mengambil keputusan berjalan kaki saja memandangkan jalan yang sesak dengan ribuan manusia.

Didalam khemah yang disediakan tiada langsung tempat kosong.Mungkin ramai yang bersedia memandangkan langit agak suram ketika itu.Aku terpaksa berada diluar dengan kerusi yang agak terhad.Itupun kalau terleka bangun kerusi akan dirampas oleh sekumpulan minachi yang entah dari mana datangnya.Terdengar pengumuman memohon maaf dari pengacara kerana kesesakan dan tidak kecukupan kerusi..

Dalam keadaan sesak dan menunggu ketibaan Datuk Sri.perutku memberi signal lapar.Aku baru teringat yang aku belum menjamah makanan sedari tadi.Aku terpaksa kehilangan kerusi apabila berjalan keluar dan mencari gerai gerai guru sekolah.Tetapi aku tidak pula sanggup berbaris panjang dan berhimpit himpitan.Akhirnya aku bertahan saja sehingga ketibaanDatuk Sri diumumkan.
Beginilah suasananya.Yang jelas aku tidak menemui sesiapa yang aku kenal disitu.Dimanapun terasa sendirian.Aku tidak tunggu sehingga programnya tamad.Aku harus beredar segera dan harus berada dikedai semula.Pelanggan agak ramai.Dan aku tenggelam dalam arus kesibukkan hingga keakhir tutupnya.

Dirumah.aku mengintai dapur.Lalu aku membelasah apa yang bersisa diatas meja.Jam tertera pukul 1.19 pagi.Ya aku agak letih..dan disana aku dihiburkan oleh dengkuran dan kegelisahan dek terangnya lampu.

pup.lampu dipadam.Segalanya kembali kepada alam...sweet dream to me..

kbp.

Category:

0 comments:

Post a Comment