selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

aurat wanita pelaris blog

Assalamualaikum.
Tuan tuan.Puan puan.abang abang,adek kakak semua.
Terima kasihlah.kerana sudi singgah dan baca tulisan saya.ni Yang jenguk tajuk dan rasa isinya tak mengancam pun terima kasih jua.Muga dapat hidayah untuk baca habis.dan faham apa yang saya tulis.(senyum iklas)

Saya bukan sesiapa.Cuma semut dalam deretan semut.Tapi saya semut yang ada sedikit kemahiran IT.Sikit saja sebab saya tak belajar dimana mana .Saya juga tak banyak masa untuk berjam lamanya didepan skrin computer.Kerja saya banyak.Tugas dan tanggungjawab saya pun bercabang cabang.Tapi kerana saya minat menulis.dan sedikit ada rasa nak bermedia sosial ,saya skip kerja kerja rutin saya.Yang saya rasa boleh dilakukan pada lain waktu atau boleh ditangguhkan.

Lately,perkembangan media sosial begitu pesat membangun.Macam bertih jagung dalam kuali.(pepatah baru setelah bosan dengan pepatah cendawan tumbuh lepas hujan.(senyum sengih)Amat membanggakan saya.Ramai yang dah sedar akan keperluan ini..Seiring dengan kecanggihan IT Ramai dah celik walaupun sekadar bersosial dalam maya yang terlepas bebas ni.Anyway kita ambik yang baik baik saja.Kita ada pilihan dan jangan salahkan sesiapa.

Adek adek yang mula nak bermaya dalam hal hal keseronokkan harap jangan keterlaluan.Simpan iman dalam dada.Jangan ikut perangai master master senior yang sudah khatam bab tak senonoh tu.He he hee.maksud saya benda yang boleh merosak sistem biology dalam diri empunya.Ada ngerti?

Sebenarnya saya cuma nak tulis pasal blog.Pasal blog yang suka letak gambar pompuan tak cukup kain.Menyemarakkan laman sosial dgn so sial.Yang buka dan baca tu kalau dikalangan senior senior tak lah memudaratkan sangat.Ada tempat menyelesaikan soal hajat.Tapi kalau budak tak cukup umur ni macamana.Berhingguslah nanti.Kesian juga kalau tengah buat homework tapi otak tertayang tayang benda benda yang menaikkan semangat ni.

Gerakkan mencari pelapis muda dalam menyemarakkan media sosia haruslah seiring dengan motif yang menuju kearah kegemilangan .Dari segi gaya berfikir.kemahiran berkominikasi dalam berbagai bahasa juga kemahiran menulis dalam berbagai versi.Budaya membaca haruslah disematkan agar mereka menjadi lebih positif dan penuh ilmu.

Saya mensasarkan golongan belia harus diberi keutamaan dan menganjurkan program dekati masyarakat dan alam semula jadi.Ia boleh membendung golongan untuk tidak terjebak kelembah yang memudaratkan.Saya harap ia tidak sahaja bertujuan semasa apatah lagi dalam mendekati pilihanraya sekarang.sebaleknya ianya haruslah berterusan dalam memupok semangat cintakan negara.cintakan bahasa.cintakan budaya dan cintakan agama.Jangan biar ia layu dan menjadikan ia tidak berhaluan.

Oh ya saya rasa tidak salah kalau digabungkan seni mempertahan diri dalam program program yang khusus.Jangan hanya  mengisi ilmu tapi fizikalnya lemah.Siapa yang setuju dengan saya..?
Sila like....

Ok.setakat ini dulu.Panjang panjang orang akan menyampah.Saya harus ke bidang kerja saya sekarang. salam.semuga kita semua mendapat petunjuk dan hidayahnya..saya terbaca satu ayat yang terlekat dalam otak saya"orang yang mengkabarkan amalnya bukan dari kalangan orang yang beramal" so ..diam diam. saja la..

kbp...
hujan renyai pagi .skip sidai baju.
10.20 am
 

 

.

Category:

0 comments:

Post a Comment