selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

Nasi lemak.ooo nasi lemak

MASIH RELEVANKAH DIZAMAN KINI UNTUK KESIHATAN?

Kandungan bahan nasi lemak
  • nasi/santan/garam/halia
  • sambalnya...cili/bawang/minyak/ikan bilis/gula
  • sayuran   timun
  • telur rebus/telur mata kerbau/
  • bahan tambahan.kacang goreng.ayam goreng/ayam berempah atau apa saja dalam bentuk sambal.
kolestrol yang tinggi adalah berpunca dari minyak dan santan.Semua bahan digoreng dengan menggunakan minyak yang banyak.Penggunaan minyak yang berulang kali meningkatkan lagi kandungan kolestrol dalam bahan yang digoreng.Apa pilihan kita?

Tidak dinafikan  ia memang sedap.Apatah lagi kalau kena dengan sambalnya.Sambalnyalah penentu larisnya nasi lemak .DULU nasi lemak seakan sarapan yang wajib setiap hari.Biasanya petani,peladang,pelaut dan pekerja buruh akan membawa bekal kerana ia mengenyangkan sehingga waktu tenggaharinya.

Tapi kini nasi lemak tidak mengenal masa lagi.Tidak terhad kepada waktu pagi sahaja.Datanglah bila bila masa.nasi lemak pasti ada.Perseolanannya relevankah ia sebagai makanan yang baik untuk kesihatan.Rata rata orang kita(melayu)malas bersenam malas berjalan dan malas segala raja malas.Kalau bekerja hanya duduk berjam jam dibilek penghawa dingin.Rasa mengantuk dan badan mulai merasa letih beberapa jam kemudian.Keadaan diburukkan lagi sekiranya diambil bersama dengan teh tarik.

Kolestrol yg tinggi mengundang penyakit yang paling serius sebagai pembunuh dalam senyap.Peningkatan pesakit strok.tekanan darah tinggi dan diabetis adalah berpunca dari makan yang tidak terancang..dan diburukkan lagi tanpa aktiviti yang mengeluarkan peluh

kalau anda seorang pengemar nasi lemak.sebaiknya diambil hari anda beraktiviti.JANGAN SESEKALI diambil bersama minuman sejuk.Minuman air suam panas.atau green tea amat membantu mengurangkan risiko ini.Ambilah dalam jumlah yang selesa.dan sebaiknya seminggu sekali sahaja.

Kalau mampu berpuasa pada hari isnin dan khamis lagilah terbaik.selain meningkat siasah diri.kesihatan juga turut terjaga.Sebolehnya elakan mengambil nasi.

Tahu siapa menteri kesihatan kita.google ok.kenapa tidak diwawarkan akan risiko pemakanan ini kepada orang melayu .dan jumlah berskala besar pesakit ini ialah orang kita.Ramai yang muda muda lagi meninggal kerana kolestrol , strok  dan serangan jantung.Jumlah yang terlentang diwad wad hospital adalah orang kita.Lagi kaya.lagi cepat penyakit ini datang.Kenapa?

Orang kaya selalu makan diluar.Samada dihotel atau dalam majlis keramaian.Malam malam lauk pauknya alahai.....berminyak,berlemak dan tinggi dengan kolestrolnya.Cuba dalam majlis orang cina..Berbezakan?kenapa? kerana mereka memang menjaga pemakanan dan mereka juga kurang sakit.Bila kurang sakit mereka jadi power.Kerja lancar...

Peranan dietisyen(ejaan maaf krg pasti) amat dialu alukan.Kiranya ia menjadi makanan kegemaran pastikan mereka mencari penawarnya juga.Contohnya green tea.atau silium hust.sejenis serbuk yang boleh mengurangkan perlambakkan kolestrol dalam salur darah.

saya ingin letak gambar nasi lemak disini.tetapi saya sudah letih dan tak bermaya lagi nak google ,Semua sudah maklum rupa nasi lemak mcmana.Istilah lima puluh sen tak ujud lagi.Standardnya sekarang RM4,50 untuk seketul ayam.Saya pernah makan yang berharga Rm 9.90 sen disebuah cafe di Shah Alam.Saya anggap ia biasa.sesuai dengan status kedainya.CAFE...

Apapun yang terbaiknya ialah masak sendiri.kurangkan santanya.dan kurangkan tambahan yang bergoreng.Ayam kukus atau bakar juga sedap.Yang penting jangan lupa green tea..


slam awal pagi.
2.45.
kbp..
lotih.....


Category:

0 comments:

Post a Comment