selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

salahkah jadi kaya?

kata seorang kawan.
"dulu2 jual majalah dan surat kabar saja.lepas tu buku buku.lepastu alat tulis sikit.Lama lama bila dikenali diminta jadi pengedar.Itupun sikit sikit.Tapi saya tak fokos itu saja.Saya buka gerai burger dan upah budak berniaga.Dari satu jadi tiga dan berkembang sepuluh sekrang ni.Untuk burger saya lantik seorang pengurus.Namun saya tetap memantau bisnes asal saya.Mula mengambil tender yang kecik kecik.Kerana dipercayai serta bertambah rakan contek bisnes saya makin berkembang.

Untuk menambahkan kenalan saya masuk persatuan.Maka dengan itu sy terus dikenali sebagai pembekal.
Saya menjadi semakin sibuk.Dan saya lantikseorang pengurus untuk mengurus urusan ini.Dari persatuan saya bergiat dalam politik.Target saya bisness disamping mengintai peluang yang ada.Saya mencuba pula bahagaian printing Baju baju tshirt dan korperat.Aktiviti politik  banyak menggunakan t shirt yang diperinting .Agak mencabar.Namun kerana saya ingin berjaya saya belajar .

Lama lama saya semakin dikenali.Bisness saya semakin membesar,.Burger diuruskan dengan baik.Begitu juga masih membekal dgn berskala besar..Mungkin saya ada tuah.saya dilantik menjadi penasihat itu ini.dan kerana orang suka saya ,saya bergiat secara serius dalam politik.
Saya dianugerah usahawan berjaya.dan beberapa tahun dapat pula jadi datuk.Kerana sibuk saya melantik individu menguruskan perniagaan saya..Saya masih berniaga dalam kata lain menjadi pengarah dalam anaksyarikat yang saya bina.

Dengan kemampuan saya,saya beli lah kereta yang baik sikit.Beli rumah yang besar sikit.Disebabkan takramai yang tahu usul saya.mulailah berdengki dan buat tuduhan saya makan rasuah.Alahai.nakkaya sikit pun takboleh.Inilah orang kita.Pengdengki....

Namun saya buat tidak tahu saja.Saya percaya dengan rezeki Allah.Saya buat dan saya tahu dosa pahalanya.Sekurangnya saya memberi rezeki pada mereka yang bekerja dengan saya..
Saya tak rasa saya dah kaya.cuma saya cuma ingin merasai dari hasil titik peluh saya selama ini.Hanya kerana saya masuk politik saya terus dicop begitu.Manusia manusia.Macamana islam nakmaju....."

Rupanya kawan saya ni Datuk.Begitulah,saya terfikir kata katanyanya...susahnya melayu nakkaya.bilatiba masanya dikatakan dari sumber yang haram.......

kbp
p/s org kata saya kaya...keh kehkeh
alhamdulillah..kata saya...itu doa...

Category:

0 comments:

Post a Comment