selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

Alkisah....

cinta pertama.cinta terpendam.cinta tersimpan.itu yang selamanya...

Sebelum berangkat ke US untuk menyambung pelajaran,Fuad(bukan nama sebenar) telah memberi tempoh lima tahun kepada Fatia(bukan nama sebenar) agar menantinya.Fatia membayangkan lima tahun itu adalah terlalu lama dan tidak menyakini untuk sebarang perjanjian.Namun hatinya juga turut bersedih akan kehilangan dalam tempoh itu."jangan lupa menulis surat" kata Fatia.

Bulan pertama
Antara kandungan surat yang berkajang.Fatia amat gembira walaupun ceritanya hanya sekadar biasa biasa dan tidak menampakkan bayangan kerinduan pada nya.
Fatia memang mengharapkan luahan yang menyakinkan dirinya.agar hatinya tidak terbelah bagi.Andainya Fuad mahu berterus terang akan perasaannya pasti Fatia akan menerimanya dan setia menanti.

Bulan kedua
Beberapa keping gambar dikirim.Seronoknya Fatia kerana ia sekurangnya memberi tahu akan perasaan yang tersirat dengan kiriman gambar itu.Fatia berbalas potret yang tidak disertai dengan ungkapan.Hrap Fuad jelas memahaminya.

Bulan ketiga dan seterusnya
Surat surat pendek yang mewakili masa masa yang sibuk.Fatia faham itu adalah masa masa yg getir sebagai seorang student.Fatia juga bergelut dengan perjuangan hidupnya.Hatinya merindui orang seberang laut.Posmen menjadi kawan yang ditunggui setiap hari.Masa berlalu dengan kekosongan yang dilalui fatia.Tiada apa apa kiriman lagi.Kawan kawan Fatia sentiasa mengingatkan jarak jauh memungkinkan berbagai perkara.Jangan diharap orang yang jauh.

Namun beberapa tahun kemudian sepucuk poskad diterima.Ringkas tapi menyentuh."Saya kehilangan alamat awak,dan saya tidak tinggal ditempat yang tetap.Saya sedang belayar.Kos saya ialah marine engineering.Saya tidak tahu dimana perhentian saya seterusnya....bye.jaga diri.dari sahabatmu...

Sahabat?kenapa sahabat.Apa status perhubungan mereka sekarang.Adakah dia sudah mendahului perasaan yang tidak dapat diluahkan.Malu .Tidak seharusnya dia memulakannya.
Fatia tidak menyakini apa apa lagi.Umur makin meningkat.Masa menunggu sudah tamad.Dia tidak boleh mengharap lagi.

Setelah beberapa lama tidak mendapat kabar berita,Fatia bersedia untuk menerima sesiapa saja untuk menjadi peneman hidupnya.Maka tertulislah Tiada Jodoh untuk mereka dan Fatia dan Fuad sudah tidak lagi berhubungan.Segalanya sudah menjadi sejarah.

Namun ia tetap berada diingatan.Masih tersimpan lagi surat surat dan dan gambar sehingga kini.Fatia sering tertanya "apa kabar kamu disana.Kenapa kamu tidak pulang pulang dan melupakan "sahabat"mu disini.

Dihujung masa,takdir seakan memberi jawapan.tidak ada apa yang kekal kecuali keiklasan.Cinta tidak semestinya bersatu.


Category:

0 comments:

Post a Comment