selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

semangat malam

..........................ingin menulis lagi walaupun tempurung kepala bagaikankan ingin pecah.Mata layu layuan memejam celik melihat huruf huruf dihujung jari.semangat menulis datangnya dari kesesakkan fikiran .keletihan minda dan kelemahan fizikal yang kehabisan tenaga.Bergelumang dengan masa dan rentetan urusan sepanjang hari.Namun tidak mampu membuat badan dihumbankan terus didataran katil  yang tersedia.

Kesihatan merosot terus.Seharian aku bagaikan terlayang layang antara sedar.Kehidupan tetap diteruskan.Bershukur kepada Ilahi.kerana dianugerahkan pekerja yang baik dan mampu mengendalikan urusan dikedai.Bershukur kerana mereka tidak menimbulkan masalah malah alhamdulillah jualan harian meningkat dan bertahan seadanya.

Kadang kadang ingin menjadi super hero yang dibanggakan seperti dulu.Kini segalanya seperti terbatas.Kesesuaian usia dengan tenaga ianya satu perjalanan yang lumrah.Petanda dunia akan ditinggalkan secara beransur ansur.

Teringat seorang kawan.yang masih melihat dirinya seperti dulu dulu,masih tidak berubah walaupun sedar dihadapannya sudah dekat dengan dua petanda khiamat.kiamat diri akan terjadi bila bila masa saja.Keasikkan dilambung oleh keseronokkan dunia dan diwarnai puja puji dari mulut yang berhatikan kuasa dunia dengan keduniaanya.Sayang sekali ,namun itulah hakikatnya.

Perlukah berhenti dari semua ini dan menjadi penunggu tanpa berbuat apa apa.Seperti seorang nenek yang menunggu dimuka pintu,sambil mengunyah sesuatu dan hanya menegur sesiapa yang dikenalinya.
Kata kawan tadi dalam sindirannya,ada tiga perkara yang insan lain tidak boleh mempertikaikanya
yaitu

  1. niatnya
  2. amalannya
  3. pahala dan dosanya
Peduli apa kata orang.Hidup mesti ada tujuannya dan bagaimana kita meralisasikan tujuannya dan dengan apa cara sekalipun,bukanlah......sambungan....

kbp.....tak tahan dah...

Category:

0 comments:

Post a Comment