selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

semangat malam(1)

.................ingin menulis sajak je..lebih senang.menulis hanya untuk difahami oleh diri sendiri amat mudah tapi menulis untuk difahami oleh semua orang memerlukan ketelitian.Tak semua orang boleh membaca makna makna yang tersembunyi seperti seorang kawan saya ITU.Katanya  buat apa cakap pusing pusing macam  Ke&^%$#..strait to the point je.


Itu kata Dia.Dia tidak faham dan malas untuk memahaminya.Saya teruja dengan ayat ayat yang mengajak kita berfikir dan mencari makna bersilang antara luahan hati yang tersembunyi.Satu ketenangan jiwa jika kita dapat menelah jauh dari sudut seseorang itu.Sajak umpama selera yang mengenyangkan.Makan dalam dan KEPUASAN.Ada siapa setuju?

Seseorang ingin mengetahui makna dalam sajak saya.Nah saya dengan senang hati menterjemah makna sajak itu yang dikatakan macam KE#$@%^& itu...(:-))))

                                                                         selepas itu

aku pulang dengan kosong atau beban fikiran
pemutus dan penamat silang kata
aku menunggu detik yang makin mampir
pasti aku tidak mulakan dan hanya ada harapan
walaupun ia sekadar diawang awangan

selepas itu
semuanya akan jadi senyap sunyi
bagai terhenti malapetaka yang baru terhenti
jadi bisu dan pekak seketika
menadili kenangan bersama

bagai merentangi
satu sketsa kehidupan
harus diharungi dengan apa jua keputusan
dalam gelora aku menunggu tenangnya
agar ditepian tidak kelemasan

selepas itu
tidak lagi aku berpaling
dan aku kenangankan segalanya
atas nama perjuangan
senyap dan maya....

bait pertama
menyimpan harapan bertemu seseorang dalam ertikata dalam hati yang berbelah bagi akan penerimaan dan kesimpulan.
bait kedua
takut menghadapi getir getir itu dan berdiam diri
baik ketiga
mengharapkan kepastian
baik keempat
membuat kesimpulan dengan menamatkan atau melupakan akan sesuatu yang tidak pernah jumpa pastinya.

khususnya sajak ini ialah gelora dan tekanan perasaan seseorang dalam mengaturkan pertemuan dengan seseorang yang dicintainya.walaupun dia tahu ,kemungkinannnya .namun masih menyimpan angan yang panjang...Semua orang pasti pernah merasainya......

kbp.
slmat awal pagi...
mimpi....
7/4/12

Category:

0 comments:

Post a Comment