kalau aku tukang masak
makanan aku tentu lebih sedap
sebab jari jariku sudah menhafal bahan bahan perasa
kalau aku aku penjahit
tentu jahitan aku lebih kemas dan teliti
kalau aku pencuci
tentu kamu tak perlu orang gaji
kalau aku pemandu
kemalangan tak kan berlaku
sebab aku sabar dan tenang selalu
kalau aku peniaga
kita akan sama berjaga
untung adalah milik bersama
sakit hatikah kamu.
kalau aku seorang pencinta
tentu dia aman disampingku
aku kaya dengan kasih sayang
aku miskin dengan pergaduhan
bukankah aku lebih sabar dgn dugaan
kenapa marah sangat kamu
kerana aku sudah tua
kerana aku bukan muda
bukankah aku jga berperasaan
dan kamu juga tidak selamanya muda.....
kehidupan ini bukankah berroda
selamat datang
KEDAI BUKU PERINTIS
PUTRA PERDANA
apa salahnya kalau aku tua
By kedai buku perintis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salahkan sekiranya aku sentiasa muda? huhu
hati je muda.....
suka sedanya saja
Post a Comment