selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

membuang keresahan

Ianya berpunca dari HATI.Jiwa yang kacau bilau.otak yang berserabut.kaki tangan yang melawan arus kata.nampak tenang.senyum sengaja diukir.buat jenaka dan gelak sorang sorang.
aku harus buang dimana.Pandu kereta jauh2 dan berfikir arah pulang?bodohlah aku., harga minyak makin naik.Makan?oooo tidak .ini sebab aku menjadi gedebab.Aku cuba elakkan dari mencari makanan atau mengunyah makanan.Namun selera ku terarah saja dekat restaurant...

melukis?hmmmm satu satunya yang boleh aku lakukan.Aku capai kertas kertas yang terpakai yang kosong belakangnya.dan mencari objek untuk aku tiru.Mata aku tertinjau tinjau disekeliling.
tangan kiri menongkat dagu.lalu aku meneruskan lakaran lakaran conteng.dan aku fokoskan imejnya. Aku kemaskan dengan penuh bangga.
"muka abang lagi" tiba tiba suami menyampuk dibelakangku.
Aku diam dan meneruskan melukis.Suamiku mendekatiku.memeluk leher dan mencium pipiku.
Aku biarkan...anak aku menjeling dengan ekor mata dan meneruskan mengadap komputernya.
"sedang fikirkan benda lain dan muka abang jadi mangsa ye"Rasa macam tak puas hati bila aku menayangkan lukisan itu.
"sebenarnya syg tak tau macamana nak hansomekan muka abang,bila terbayang abang tgh marah,so terimalah saja bakat isterimu ini..."

"oh..pasal pagi tadi,tu...,sori"katanya perlahan,
"
Sebenarnya aku lega bila dapat menyiapkan lukisan yang ada respon begitu.Aku seperti menjelajah dunia lain.dan hasilnya aku dapat terjemahkan keresahan dan suami menyedari
saat senyapku dengan duniaku...
dia tahu aku sedang marah.namun tak mampu meluahkannya..Kerana isteri tak boleh marah marah suami.kena senyum.kena seksi.kena mengalah.tahan dibuli.tahan dicaci maki.pendek kata mcm gunung tahan lah.sentiasa bertahan.

begitulah...aku begitu meneliti wajah orang yang marah sehingga kekornia belakangnya.Aku diam dan tenggelam disitu...

dan selepas itu aku akan seperti biasa.Namun dalam hati siapa yang tahu..

Category:

0 comments:

Post a Comment