selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

dimana aku sekarang....

sewaktu memandu,saya mengantuk sangat.tapi ditahankan juga.saya cuba mengunyah kapsul kopi untuk melawan rasa mengantuk.seingat saya jam tidur saya sudah cukup.Saya tahu keadaan saya agak bahaya.Pernah sekali saya dihon berkali kali kerana memandu macam orang mabuk.Gila.saya tak dapat bayangkan jika berlaku sesuatu.

apa yang saya buat.pertama saya buka channel tamil dengan kuatnya sekali.sengaja tensionkan diri.kedua saya menyanyi seolah olah saya ingin masuk pertandingan.tau suara macam katak.tapi siapa dengar.Ketiga saya bercakap sorang sorang.memberi ucapan atau bersajak atau apa saja.memang gila kan tapi ia berlaku dalam keadaan terdesak saja.

.saya dapat rasakan faktor usia juga boleh menyebabkan daya tahan makin kura
ng.harus munasabah diri.mengucap banyak banyak dan bertaubat. sampai destinasi.fokos pada agenda.target masa.mesti sampai rumah pada jam 2.00 pm.ambik anak sekolah.alhamdulillah tanpa banyak masalah semuanya seperti dirancang

.dalam perjalanan balek saya terfikir satu benda.macamana seorang india muslim boleh berjaya d
alam perniagaan buku dan peruncitan.Seperti pasaraya maiden ,pemborong atau pengedar buku ini juga seorang india muslim.Tauke sentiasa didepan pintu.Tua tapi bergaya.kata orang duit boleh buat lagi cantek dan hansem.memang betul .tengok je artis artis.mereka cantek sebab itulah asset mereka.cubalah pak cik pakcik bawa makcik makcik ni kesalon selalu...hasilnya makcik makcik pun boleh setanding artis artis.tengok juga datin datin....cantek kan mereka.

saya dapati mereka hanya simple.tidak berlagak.bekerja keras jujur dan kuat agama.Itu yang saya nampak pada india muslim.dan saya sebenarnya tertunduk malu memikirkan saya sendiri amat jauh untuk ketahap itu.Namun jauh disudut hati bila saya ketemui peniaga melayu yang berurusan disitu saya rasa ada sedikit peningkatan orang kita dalam bidang perniagaan buku.

Orang kita sebenarnya suka menulis.tapi jarang ada minat membaca.Dan anak anak kita juga tidak suka membeli buku. Dan saya rasa entry ini juga agak membosankan.Namun petang tadi saya dapat semula mimpi saya .Dua jam sudah memadai..saya harap saya tidak termasuk dalam golongan orang yang riak .amin.

salamhormat dari saya,

nota.dunia lebih sibuk bila ku cuba pejamkan mata...

Category:

0 comments:

Post a Comment