selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

ALAHAI ! Orang kita


Saya selalu mendapat panggilan dari staff saya"boss ada custumer ni minta discount.ada abg ni minta kurang harga.ada makcik ni kata mahal sangat.ada kakak ni nak harga yang dia nak tentukan sendiri....dan pelbagai lagi.Pokoknya minta harga yang paling terendah.

"saya membalas .awak call saya ni pun bukan free.Walaupun tertera harga tetap.masih ada juga yang tidak faham.Tidak kah mereka terfikir pengedalian penghawa dingin yang membuat mereka selesa didalamnya.Layanan yang sebaik mungkin.susun atur yang menyelesakan. Dikedai seven 7.harganya maklum lebih mahal namun tidak ada sesiapa orang kita meminta harga yang kurang dari yang ditetapkan.

Tabiat orang kita.Siapa yang dia boleh pijak dia akan pijak.Pernah suatu hari.pelangan saya membising dalam premis saya mengatakan buku teks yang saya jual itu mahal.Sedangkan saya menjual dengan harga yang tertera dikulit buku.Mungkin dia tidak tahu keuntungan bersih dari julan buku teks hanya 10% sahaja.Itu belum termasuk risiko tidak boleh return sekiranya tidak habis dijual.

Begitu juga dengan barangan yang branded yang telah ditentukan harga.Walaupun saya tahu ditempat tempat lain.kenaikan harga begitu sewenangnya dikedai cina atau mamak.namun selamba saja orang kita membayar tanpa protes.Kenapa dikedai melayu.yang untungnya paras hidung orang kita sentiasa mahu harga paling rendah sehingga mengurangkan keuntunggannya.

Dalam soal lain.orang kita sedap memaki hamun pekerja melayu hanya kerana kesalahan yang tidak disengajakan.Sedangkan dikedai bangsa lain.mereka begitu pemurah memberi maaf.Walaupun layanan bangsa asing lebih kepada "gula gula"mereka tetap mendakapnya sebagai satu kebiasaan membelibelah disitu.Saya tidak nafikan.hampir 100% penipuan sedikit atau banyak berlaku kepada bangsa asing.Itu cara mereka berniaga.halal haram belakang kira.
Tapi segelintir orang melayu yang berniaga ada juga sisebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.Saya juga pernah ditipu oleh peniaga orang melayu yang menjual buku buku agama dan alquran.Beraninya dia..

Pada saya jujur itu lebih afdal.Pesan saya kepada peniaga melayu.
>bayar gaji bila tiba harinya
percaya dan berserah kepada Allah.
Beramah dengan pelanggan
Mengingati nama pelangan dan selalu bertanya kabar
Tidak marah marah dan selesaikan masalah dengan berhemah


salam
kbp

Category:

3 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

orang kita...
jika semua orang kita masih mahu bersikap begini,sampai bila peniaga tidak akan maju.

kedai buku perintis said...

Mentality sebenarnya.....

azahrohaizah said...

situasi yang sama dalam apa jua bidang yang di kendali kan oleh peniaga melayu..

sedih...kita di lemah kan oleh bangsa kita sendiri..

Post a Comment